MSL 2018: Kapten Hariss Pastikan JDT Semakin Sukar Dikejar, Kedah Balas Dendam

JDT semakin sukar dihalang dalam usaha mereka menjuarai Liga Super untuk kali ke-5 berturut-turut sejak 2014.

Perlawanan di antara JDT menentang Pahang dianggap salah satu perlawanan kunci kepada persaingan kejuaraan musim ini.

Pada April lalu, Pahang menewaskan JDT 3-0 dalam saingan Piala FA. Itu adalah kekalahan terakhir JDT buat masa ini.

Semalam JDT menewaskan pasukan Tok Gajah dengan kemenangan tipis 1-0 di Larkin. Kemenangan yang meletakkan mereka 11 mata di hadapan pasukan Pahang dalam carta liga.

Jaringan kemenangan JDT dihasilkan oleh Hariss Harun. JDT memiliki beberapa peluang terbaik dalam perlawanan ini namun gagal menyudahkannya.

JDT meneruskan rekod 11 perlawanan tanpa kalah dalam Liga Super. Mereka hanya keciciran 4 mata daripada 33 yang ditawarkan dalam tempoh tersebut

Pahang terus dilanda isu tidak konsisten, selepas permulaan yang sangat baik pada awal musim ini. Ini merupakan kekalahan ke-4 mereka dalam Liga Super. Mereka tewas 3 kali dan seri 2 kali dalam 10 perlawanan liga terakhir.

Sebagai rekod, sejak francais Liga Super diperkenalkan pada 2004, masih belum ada pasukan yang menjuarai Liga Super tewas lebih daripada 4 kali dalam semusim.

Dalam satu lagi perlawanan, Kedah berjaya membalas dendam kekalahan mereka beberapa hari lalu ke atas Kelantan. Sebelum ini, skuad Lang Merah tewas 1-2 di Darul Aman.

Anak-anak buah Nidzam Adzha berjaya membawa pulang 3 mata berharga dari tempat lawan (Kelantan pasukan ‘home’ dalam perlawanan ini).

Gol kemenangan Kedah dijaringkan penyerang baru mereka, Paulo Rangel selepas Shahrizan gagal memenangi bola di udara. 2 gol daripada 2 perlawanan terakhir daripada Rangel.

Kekalahan ini meletakkan Kelantan berada 5 mata daripada zon selamat. Kelantan melepaskan 31 bolos ini, rekod bolos terbanyak setakat ini dalam Liga Super dikongsi dengan Kuala Lumpur.

Kedah turut berhadapan dengan masalah bolos. Kedah sama mata dengan pasukan di tangga ke-2 Pahang, 24 mata. Namun mereka mencatatkan 24 bolos meskipun menjadi pasukan paling produktif setakat ini dengan 28 gol.

Ini adalah kedudukan semasa MSL 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN