Pahang melayan kunjungan Terengganu di Kuantan. Dollah Salleh melakukan beberapa rombakan kesebelasan utama selepas kehilangan Chan Vathanaka. Afif Amiruddin turut tak dapat diturunkan.
Separuh masa pertama
Perlawanan separuh masa pertama berlangsung dengan intensiti sederhana. Pada minit ke 29, Adib Aizuddin dilayangkan kad kuning selepas memijak Kogileswaran.
Minit ke-32, Faizal Halim melakukan gerakan yang sangat cantik ke byline. Beliau menghantar bola ke kawasan bahaya. Namun Kogileswaran mensia-siakan peluang.
Terengganu memperoleh peluang untuk mendahului selepas diberikan sepakan percuma dari luar kotak penalti. Percubaan lencong Lee uck diselamatkan oleh refleks Helmi Eliza.
Kipre mendapat peluang pada babak akhir selepas hantaran Lee Tuck ditanduk. Tetapi bola tersasar. Itulah sahaja cerita pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua
Pada awal separuh masa kedua, Partiban dilayangkan kad kuning awal selepas mengasari Faisal Rosli.
Selepas beberapa aksi tidak menjadi, akhirnya pasukan Terengganu di hadapan pada minit ke-63. Kipre melepasi perangkap ofsaid dan melorongkan bola kepada Faiz Nasir. Satu percubaan jarak dekat deras menewaskan Helmi Eliza.
7 minit kemudian, Terengganu mencipta peluang gol sekali lagi. Kombinasi permainan yang baik, tetapi percubaan Lee Tuck terkena pertahanan lawan.
Minit ke-76, sepakan percuma oleh Salomon Raj terkena palang gol pasukan Terengganu. Pada minit ke-89, Wan Zaharulnizam melakukan percubaan yang terus ke dakapan penjaga gol.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 0-1 oleh Terengganu. Sekaligus membolehkan mereka merapatkan jurang mata kepada 3 mata di belakang pasukan Pahang yang berada di tangga ke-3.
Ini adalah kekalahan ke-2 pasukan Pahang dalam Liga Super musim ini. Dan kekalahan pertama mereka selepas 7 perlawanan. Pahang kini masih dibezakan 6 mata daripada pendahulu, JDT.