MSL 2018: ‘Double’ Cabrera Bantu JDT Selesa Di Puncak, Negeri Sembilan Terus Kemarau Kemenangan

Perlawanan berlangsung dalam keadaan padang licin dengan hujan renyai-renyai di Larkin. 15 minit pertama menyaksikan penguasaan oleh JDT dalam perlawanan ini.

Cabrera menerima hantaran Kunanlan, tandukan bebas yang tersasar. Tidak lama selepas itu, Gonzalo Cabrera melakukan percubaan jarak dekat namun tidak menerjah gawang.

Pada minit ke-19 percubaan sepakan percuma Novillo termuntah, namun dapat ditangkap semula oleh penjaga gol.

Pada minit ke-31, Negeri Sembilan melakukan ancaman pertama ke dalam kawasan gol. Namun Farizal Marlias menghadang gerakan Guirado.

Kredit foto: JST

JDT mendahlui pada minit ke-32 hasil jaringan Cabrera, hasil umpanan Nazmi Faiz Mansor. Cabrera pastinya lega selepas mendapat beberapa peluang.

Minit ke-39, Ilham sekali lagi melakukan save menafikan tandukan deras Marcos Antonio. Tiada tambahan gol untuk separuh masa pertama, JDT melangkah ke bilik persalinan dengan kelebihan 1 gol.

Pada separuh masa kedua, kemasukkan N.Thanabalan memperbaiki sedikit aksi Negeri Sembilan di barisan serangan. Namun mereka masih bergelut untuk mencipta peluang gol yang lebih baik (big chances).

JDT melancarkan beberapa serangan tetapi berjaya dineutralkan oleh Negeri Sembilan.

Pada minit ke-76, Gonzalo Cabrera menambahkan lagi gol beliau dan JDT dalam perlawanan. Kombinasi kesilapan pertahanan dan penjaga gol yang dimanipulasi oleh Cabrera.

Kredit foto – JST

Minit ke-81, Safawi melakukan percubaan deras yang ditepis oleh Ilham. Tindakan susulan Santos menghadiahkan JDT sepakan penjuru.

JDT menan 2-0 dalam perlawanan ini dan sekaligus menjarakkan diri 3 mata daripada pasukan di tangga ke-2, Perak. Satu jarak yang selesa dalam usaha JDT menjuarai Liga Super untuk kali ke-5 berturut turut.

Kekalahan Negeri Sembilan membuatkan mereka terus berada di dasar liga. Dijarakkan 6 mata daripada zon selamat. 10 perlawanan tanpa menang setakat ini dalam semua pertandingan dan 9 dalam liga super.

Negeri Sembilan hanya mendapat 5 mata daripada 30 yang ditawarkan dalam 10 perlawanan Liga Super terakhir mereka. Kali terakhir mereka menang adalah menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur pada 7 Februari 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN