Derbi Borneo pertama musim ini dimenangi oleh Sabah. Lebih manis kejayaan skuad Sabah itu dicatatkan di Kuching, Sarawak.
Sabah menjaringkan 2 gol dalam jarak seminit pada minit ke-36 dan ke-37 menerusi Rodoljub dan Sabri Sahar.
Sarawak yang sudah 2 kali tewas sebelum perlawanan ini, menambah 1 lagi kekalahan – menjadikannya 3 daripada 4 perlawanan setakat ini.
Gol saguhati Sarawak dijaringkan Pedro Dias, beberapa minit sebelum wisel penamat.
FT: Sarawak 1-2 Sabah
*Well done boys!! Wuhuu!!!#LigaPremier2019#BorneoDerby pic.twitter.com/rdPBAphT50— SabahRhinos (@sabahrhinos) February 23, 2019
Apa sudah jadi dengan Sarawak? Ini apabila Sarawak terus hambar pada permulaan musim ini. Kekalahan ini membuatkan menghuni tangga ke-8, hanya perbezaan jaringan menyelamatkan mereka daripada berada di zon penyingkiran.
KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN LP4 LIGA PREMIER 2019#LigaPremier2019 pic.twitter.com/B6RaZHnWEA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 23, 2019
Sarawak pastinya perlu melakukan lebih penelitian selepas kekalahan ini jika mereka mahu mara ke Piala Malaysia dan juga saingan Liga Super musim hadapan.
Sabah naik ke tangga ke-3 pada waktu artikel ini diterbitkan. Mereka kini sudah menang 2 kali dan seri sekali. Sabah pastinya enggan mengulangi kesilapan musim lalu, gagal mengekalkan konsistensi di dalam saingan. Ini kerana pasukan Negeri Di Bawah Bayu itu pastinya mahu layak ke Liga Super.
Sabah setakat ini sudah mencetak 9 gol dalam 4 perlawanan. Menunjukkan mereka pasukan yang paling tajam di hadapan gol untuk saingan MPL setakat ini.
Dalam satu lagi perlawanan, Selangor United terus mencipta kejutan. Kali ini mereka menewaskan PDRM dengan kemenangan tipis 1-0, jaringan Raslam Khan.
Kemenangan ini membuatkan Selangor United berkongsi mata dengan JDTII di 2 teratas liga.
KEPUTUSAN SEPARUH MASA PERTAMA PERLAWANAN LP4 LIGA PREMIER 2019#LigaPremier2019 pic.twitter.com/GvYZswnLcX
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 23, 2019