MPL 2019: Corak Permainan Mantap Membuatkan Talib Sulaiman Yakin Selangor United Jadi Pencabar Kejuaraan

Pendatang baharu dalam saingan Liga Premier iaitu Selangor United telah mengejutkan dua pasukan berstatus negeri di dalam 3 perlawanan terakhir mereka.

Selepas menewaskan Kelantan dalam perlawanan sebelum ini, Selangor United meneruskan rentak cemerlang mereka dengan menewaskan pasukan Sarawak 3-2 dalam perlawanan ke-3 Liga Premier 2019.

Ianya dianggap satu keputusan yang mengejutkan ramai pihak.

2 keputusan positif dicatatkan daripada 3 perlawanan setakat membuatkan pengendali mereka Abdul Talib Sulaiman melaungkan yakinan bahawa pasukan Selangor United mampu untuk memberikan saingan untuk kejuaraan Liga Premier musim ini.

Menurut Abdul Talib Sulaiman lagi walaupun mereka pasukan baru namun mereka mempamerkan corak permainan yang memberansangkan. Itu adalah nadi penting dalam usaha mereka bermain berhadapan dengan pasukan lawan.

Oleh sebab itu beliau juga percaya pasukan Selangor United mampu bersaing dengan pasukan lain dalam kejuaraan liga serta menunaikan misi untuk layak ke Piala Malaysia pada edisi kali ini.

Selepas ini Selangor United akan berdepan dengan pasukan PDRM diikuti dengan perlawanan menentang pasukan Negeri Sembilan.

Adakah Selangor United akan terus menjadi pesaing kejuaraan? Ianya bukan tugas mudah namun ianya juga bukan mustahil. Paling penting adalah konsistensi sepanjang musim ini. Masih banyak lagi baki perlawanan untuk mereka tempuh seelpas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN