MPFL 2020: Pahang Rangers Sambar Awalluddin Mat Nawi

Pahang Rangers FC terus mengorak langkah bagi memperkuatkan pasukan menjelang sepak mula Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2020 apabila berjaya mendapatkan khidmat pemain futsal kebangsaan, Mohd Awalluddin Mat Nawi.

Kehadiran pemain berusia 22 tahun itu disahkan laman Facebook rasmi Pahang Rangers menerusi satu pengumuman, sebentar tadi.

Awalludin yang dilabel sebagai antara pivot (penyerang) terbaik di Malaysia itu sebelum ini beraksi untuk Perak selama tiga musim bermula tahun 2017.

Mula mencipta nama selaku penjaring terbanyak Piala Iskandar Dzurkarnain (B-19) serta membantu Perak menjuarai saingan tersebut, Awalluddin pantas mencuri tumpuan ketua jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong.

Di pentas antarabangsa, beliau membuat penampilan sulung pada Kejuaraan Futsal AFF 2017. Selepas itu, Awalluddin tidak pernah ketinggalan untuk menyarung jersi kebangsaan sehingga kini.

Reputasi hebat serta pengalaman luas di pentas antarabangsa yang dimiliki Awalluddin nyata menjadi senjata tambahan yang sangat didambakan Pahang Rangers.

Menanti Awalludin di Pahang Rangers adalah pemain-pemain yang sering ditemuinya di kem skuad kebangsaan seperti Khairul Effendy Mohd Bahrin, Abu Haniffa Hassan, Saiful Nizam Mohd Ali, Azwann Ismail serta Ahmad Harith Naim dan Syafiq Hamzah.

Saingan MPFL 2020 akan membuka tirainya pada 14 Mac nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN