MPFL 2019 (Wanita): Selangor Cipta Kemenangan Bergaya Tundukkan Kedah 6-2

Selangor

Kemenangan bergaya dicatatkan Selangor selepas berjaya menundukkan Kedah 6-2 pada aksi kelima Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 sebentar tadi.

Selangor yang menampilkan permainan tersusun serta lebih mendominasi keseluruhan aksi di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar itu membuka tirai jaringan pada minit kelapan.

Gol tersebut dihasilkan oleh ketua pasukan, Steffi Sarge Kaur berpunca daripada sepakan percuma yang menewaskan penjaga gol, Nurul Atirah Abdullah.

Pemain kebangsaan, Nur Shazreen Munazli melebarkan kedudukan buat skuad bimbingan Mohd Fairuz Mohd Noor itu berselang empat minit kemudian selepas menyempurnakan hantaran lintang daripada Nur Izzati Khairudin.

Ketua pasukan Kedah, Nor Faizah Md Akhir berjaya mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-25 susulan percubaan dalam kawasan D yang membolosi gawang lawan.

Kegembiraan Kedah hanya bertahan seminit apabila Fatin Shahida Azmi mudah menolak masuk bola hasil gerakan dilancarkan Nur Izzati di sebelah kiri pintu gol Kedah.

Norhawa Md Yassin mengukuhkan cengkaman pasukan pelawat dengan rembatan kaki kiri padu diledakkannya dari luar kawasan D yang gagal dihalang Nurul Atirah untuk gol keempat.

Permainan bertambah menarik selepas Wan Ainul Aeman Wan Shahrul mencetak nama selaku penjaring kedua Kedah hasil rembatan deras yang menerjah gawang Selangor.

Selangor memadamkan api perjuangan Kedah untuk kembali bangkit selepas Farah Najihah Abdul Aziz dan Nur Shazreen Munazli mencipta jaringan pada minit ke-38 dan 39 yang sekaligus melengkap kemenangan 6-2 buat Selangor.

Kemenangan bergaya yang dicipta memberikan peluang buat Selangor bagi memintak Kuala Lumpur untuk menduduki tangga teratas liga (10 mata) selepas lima perlawanan dilalui.

Pemain terbaik perlawanan: Nur Shazreen Munazli (Selangor)

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN