MPFL 2019 (Wanita): Kuala Lumpur & Selangor Sama Handal, Raih Keputusan Seri 2-2

Kuala Lumpur

Pertembungan ‘Top Of The Table’ bagi kategori wanita saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 juga tidak kurang hebatnya apabila Kuala Lumpur terikat 2-2 bertemu Selangor di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, sebentar tadi.

Selangor yang dibimbing bekas pemain futsal kebangsaan, Mohd Fairuz Mohd Noor mengejutkan Kuala Lumpur seawal minit pertama menerusi jaringan Naziratul Amira Ahmad Nasri.

Naziratul Amira pantas melakukan percubaan susulan selepas rembatan Norhawa Md Yassin ditepis keluar penjaga gol, Noorasyeimah Mohamad Rashid.

Tersentak dengan jaringan awal tersebut, Kuala Lumpur memperkemaskan aksi dengan melanacarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu Selangor yang dikawal Sity Norazizah Jamal.

Usaha keras anak buah Mohammad  Faizul Abdul Gaffar itu berhasil pada minit ke-16 setelah Zur’ain Kamarudin dengan mudah menolak masuk bola berpunca daripada gerakan solo cantik dijelmakan Intan Sarah Anisah Zulgafli.

Kegembiraan kem Kuala Lumpur itu bagaimanapun hanya mampu bertahan seminit sahaja apabila Farah Najihah Abdul Aziz menyumbat gol kedua buat Selangor.

Hasil satu serangan balas pantas yang dilancarkan, Farah Najihah tidak melepaskan peluang bagi menyempurnakan hantaran lintang dari Fatin Shahida Azmi.

Ketika perlawanan babak pertama hanya berbaki seminit, Kuala Lumpur kembali mengikat kedudukan hasil jaringan ketua pasukan, Noor Hedayah Md Amin.

Aksi pada babak kedua juga turut memperlihatkan corak permainan menarik disajikan terutamanya oleh Kuala Lumpur. Namun, tiada jaringan terhasil sehingga tamat perlawanan.

Dengan keputusan seri ini, Kuala Lumpur masih kekal di tangga teratas kategori wanita selepas mengumpul lapan mata daripada empat perlawanan yang dilalui manakala Selangor ketinggalan satu mata untuk menghuni tangga kedua.

Pemain terbaik perlawanan: Intan Sarah Anisah Zulgafli (Kuala Lumpur)

Kredit foto: Khairil Ajhar | Arena HijauKuning

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN