MPFL 2019: Selangor Teruskan Rentak Cemerlang Selepas Atasi Melaka 3-1

Selangor

Selangor meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 selepas menundukkan Melaka 3-1 di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Addy Shairullyzam yang turun selaku pendahulu liga itu menampilkan corak permainan lebih tersusun berbanding Melaka terutamanya pada separuh masa pertama.

Selepas beberapa asakan yang dilancarkan, Selangor berjaya membuka tirai jaringan pada minit ketujuh menerusi Muhammad Muzhaffar Mohd Tahar.

Muzhaffar melakukan kuisan yang sekaligus memperdayakan penjaga gol Melaka, Syahman Idris setelah menerima hantaran jauh daripada Azrul Hadee Mohd Taufiq (penjaga gol Selangor).

Selepas itu para pemain Melaka dilihat sudah mula dapat mengimbangi dan menyaingi corak permainan Selangor.

Skuad bimbingan I’sah Rahim itu kembali mengikat kedudukan pada minit ke-12 hasil serangan balas pantas Selangor yang berjaya dipatahkan lalu Ekmal Sharin melorongkan bola buat Tarmizi Ghapar untuk tidak melepaskan peluang menjaringkan gol.

Kedudukan sekali lagi berubah apabila ketua pasukan Selangor, Muhammad Fariq Mohammad meledakkan percubaan ‘first timer’ yang terus menerjah gawang Melaka pada minit ke-15.

Melaka terlepas dua peluang keemasan setelah rembatan luar kawasan D yang dilepaskan Muhammad Nurasyraf Mohamad Azle sekadar singgah di palang gol dan sepakan penalti kedua (second spot) yang diambil Syakir Baba pula dihalang Azrul Hadee.

Aksi babak kedua menyaksikan penjaga gol kedua-dua pasukan menjadi watak penting dalam menggagalkan usaha lawan masing-masing.

Azrul Hadee dan Syahman membuktikan mereka adalah antara penjaga gol terbaik negara pada ketika ini dengan ketangkasan dipamerkan.

Namun, sedikit kesilapan dilakukan Syahman Idris pada minit ke-35 memakan diri berikutan kegagalannya menangkap bola dengan kemas hasil percubaan awal Fariq disudahkan dengan baik kapten Selangor itu.

Kemenangan 3-1 itu mengukuhkan kedudukan Selangor di tangga teratas selepas mengumpul 26 mata hasil lapan kemenangan dan dua keputusan seri.

Pemain terbaik perlawanan: Azrul Hadee Mohd Taufiq (Selangor)

Kredit foto: Selangor MAC Futsal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN