MPFL 2019: Selangor Rakam Kemenangan Kedua Selepas Atasi Melaka United 3-1

Selangor

Selangor meneruskan rentak kemenangan dalam kempen Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL 2019) selepas berjaya menundukkan Melaka United 3-1 di Kompleks Sukan Panasonic, sebentar tadi.

Masih segar dengan kemenangan bergaya ketika bertemu Perak pada hujung minggu lalu, Selangor kelihatan begitu berbahaya pada 10 minit pertama.

Kesilapan pemain Melaka yang gagal mengawal bola dengan baik dalam kawasan sendiri memakan diri apabila tuan rumah berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kedua.

Gol tersebut menjelma selepas Syed Aizad Daniel Syed Nasir dengan tenang menyudahkan peluang hasil hantaran Shamsul Akmar Zamri selepas beliau berjaya merampas bola daripada kawalan pemain Melaka United.

Selangor terus menggandakan asakan dan menambah jaringan kedua berselang lima minit kemudian menerusi Muhammad Azri Rahman.

Shamsul Akmar sekali lagi memainkan peranan penting buat Selangor apabila lorongannya berjaya disudahkan Azri Rahman bagi melebarkan penguasaan.

Melaka United yang dibarisi majoriti pemain muda dilihat bangkit memperkemaskan aksi pada pertengahan saingan babak pertama dengan gerakan lebih meyakinkan.

Usaha dilancarkan mereka berhasil pada minit ke-11 setelah Najmi Rosli berjaya membolosi penjaga gol Selangor, Azrul Hadee Mohd Taufiq menerusi situasi ‘set pieces’.

Selangor kemudiannya mendominasi sebahagian besar aksi pada babak kedua. Syahman Idris di gawang Melaka bagaimanapun menghampakan kem Selangor apabila beliau cemerlang menafikan ‘hujan’ serangan dihadapinya.

Kekentalan Syahman terhenti setelah Shamsul Akmar menjaringkan gol ketiga sekaligus mematikan api perjuangan skuad muda Melaka.

Keputusan 3-1 tersebut kekal hingga tamat permainan untuk memberikan kemenangan kedua buat Selangor.

Pemain terbaik perlawanan: Shamsul Akmar Zamri (Selangor)

Kredit foto: Selangor MAC Futsal

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN