MPFL 2019: Perak Leburkan Rekod Tanpa Kalah Pahang Rangers Di Laman Sendiri

Perak
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Perak berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Pahang Rangers FC selepas berjaya mencatatkan kemenangan 6-5 pada aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 di Stadium Indera Mulia, sebentar tadi.

Permainan yang cukup menarik dijelmakan kedua-dua pasukan sejak dari awal permainan dengan tujuh jaringan terhasil pada separuh masa pertama.

Lebih menarik dua jaringan terhasil ketika hanya beberapa saat selepas permainan berlangsung.

Pesta jaringan tersebut dimulakan oleh Perak yang membuka tirai jaringan menerusi Ridzwan Bakri hasil rembatan padu jarak jauh gagal dihalang penjaga gol Pahang Rangers, Mohd Afiq Abdul Rahman.

Belum pun puas penyokong Perak meraikan jaringan tersebut, Mohd Azwann Ismail kembali menyamakan kedudukan menerusi rembatan dari luar kawasan D.

Pahang kemudiannya berada di depan pada minit keempat selepas Abu Haniffa Hassan menggunakan peluang hasil kesilapan pemain Perak di kawasan sendiri untuk kedudukan 2-1.

Ridzwan membuktikan beliau merupakan antara pemain terbaik negara setelah berjaya menjaringkan gol ‘backheel’ cantik untuk mengikat kembali kedudukan pada minit ke-10.

Permainan semakin menarik dengan Pahang kembali di depan berselang lima minit kemudian menerusi Abu Haniffa berpunca dari sepakan penalti kedua (second spot) selepas Perak melakukan enam kesalahan terkumpul.

Tidak sampai seminit jaringan tersebut terhasil, Mohd Awalluddin Mat Nawi menggembirakan kem tuan rumah apabila menolak masuk dengan mudah hantaran lintang dilakukan Aidil Shahril Rosli.

Selepas dua kali ketinggalan, Perak yang dibimbing Ruzaley Aziz pula memperolehi jaringan keempat menerusi Muhammad Zamiruddin Jalaludin.

Aksi berbalas jaringan pada babak pertama itu berakhir dengan keputusan 4-3 memihak Perak.

Corak permainan futsal berkualiti tinggi terus dipamerkan kedua-dua pasukan dengan gerakan menarik dijelmakan pada 20 minit berikutnya.

Kedudukan kembali terikat tiga minit selepas perlawanan bersambung apabila penjaring terbanyak, Saiful Nizam Mohd Ali dengan tenang menyudahkan peluang berikutan kesilapan pemain Perak di hadapan pintu gol.

Kegigihan Pahang bagi terus mencetak jaringan berhasil pada minit ke-31 selepas Mohd Azwann melakukan ‘tapping’ mudah setelah menerima hantaran dari Saiful Nizam.

Muhammad Firdaus Zulkefli  sekali lagi membuatkan Stadium Indera Mulia ‘bergembira’  apabila gerakan cantik dari bahagian bawah yang digerakkan bersama rakan sepasukan berjaya ditolak masuk pemain kelahiran Ipoh itu.

Kesilapan pemain Pahang dihadapan gawang sendiri menghukum diri setelah Ridzwan Bakri menggunakan peluang bagi menghadiahkan kemenangan berharga buat Perak.

Lebih manis, gol kemenangan pada minit ke-39 itu merupakan jaringan hatrik buat Ridzwan.

Pemain terbaik perlawanan: Mohd Ridzwan Bakri (Perak)

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN