MPFL 2019: Perak Berpesta Jaringan Benam Cabaran Pulau Pinang

Perak

Perak berpesta jaringan di Stadium Indera Mulia, Ipoh selepas membenam cabaran Pulau Pinang 9-4 pada aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019, sebentar tadi.

Pulau Pinang bagaimanapun terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah seawal minit kedua permainan apabila Muhammad Amirul Ismail menyudahkan peluang hasil hantaran Muhammad Syafiq Abdul Rasyid.

Tersentak dengan jaringan itu, Perak tampil dengan lebih garang dan memiliki beberapa peluang terbaik bagi menembusi gawang Pulau Pinang yang dikawal penjaga gol muda, Mohd Faezwan Ashwandie Ahmad.

Usaha keras anak buah Mohd Ruzaley Aziz itu membuahkan hasil pada minit keeenam setelah pemain kebangsaan, Mohd Ridzwan Bakri mudah menolak masuk bola di sebelah kiri pintu gol pelawat berpunca daripada lorongan Muhammad Aidil Shahril Rosli.

Berselang dua minit kemudian, Ridzwan terus menceriakan penyokong Perak bagi menjadikan kedudukan 2-1 hasil rembatan yang menewaskan Mohd Faezwan.

Ahmad Shazni Hariz Mohd Noor kembali mengikat kedudukan pada minit ke-12 selepas dengan mudah beliau menolak masuk bola hantaran dilakukan Mohamad Azierul Joss.

Tempoh empat minit terakhir babak pertama memperlihatkan Perak nyata sukar digugat apabila berjaya mencipta tiga jaringan menerusi Muhamad Zakry Asraf Roslan di minit ke-17 serta dua jaringan pantas pada minit ke-20 menerusi Muhammad Firdaus Zulkefli  dan Muhamad Salihin Fayzol.

Kelibat Ridzwan terus menjadi ancaman buat Pulau Pinang apabila beliau melengkapkan hatrik pada minit ke-25 menerusi rembatan dari jarak dekat yang tidak mampu dihalang penjaga gol gantian, Muhammad Fahmi Ali.

Tidak cukup dengan kelebihan empat gol tersebut, Perak terus bernafsu menggandakan asakan dan berjaya menambah jaringan keenam pada minit ke-32 menerusi Muhamad Razin A. Rahim.

Malang terus menimpa Pulau Pinang apabila Iqhmal Najmie Ismail tertampan bola ke gawang sendiri dalam usahanya untuk menghalang percubaan diledakkan Muhamad Razin.

Muhammad Amirul berjaya menjaringkan gol ketiga buat Pulau Pinang pada minit ke-36 sebelum Muhammad Farikh Khabibor meletakkan nama selaku penjaring gol kesembilan buat Perak.

Ketika perlawanan semakin menghampiri penghujung, Amar Ashraf menyempurnakan sepakan penalti kedua (second spot) untuk jaringan saguhati buat pasukan pelawat.

Keputusan 9-4 itu kekal hingga tamat permainan bagi menghadiahkan kemenangan kelapan buat Perak untuk menduduki tangga ketiga MPFL 2019 pada ketika ini.

Kredit foto: Football Association of Malaysia (Official)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN