MPFL 2019: Kemenangan 2-0 Melaka United Tambah Duka KL City FC

Melaka United

KL City FC menerima kekalahan ketiga saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 selepas tunduk kepada Melaka United pada aksi yang berlangsung sebentar tadi.

Melaka United yang dibarisi sebahagian besar pemain muda tidak menghalang mereka daripada menampilkan corak permainan meyakinkan dengan beberapa serangan berbahaya ke kubu KL City FC.

Ledakan padu dari jarak jauh yang diledakkan terutamanya menerusi Muhammad Ekmal Shahrin dan Mohamad Danial Abdul Dain jelas memberikan ancaman besar buat penjaga gol tuan rumah, Dinesh Kunasingam.

KL City FC yang sesekali melancarkan gerakan ke kawasan D Melaka United juga turut terlepas beberapa peluang terbaik akibat ketangkasan penjaga gol, Syahman Idris.

Corak permainan saling serang menyerang yang dipertontonkan kedua-dua pasukan jelas menghiburkan peminat di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Para pemain Melaka Unite meraikan jaringan pada aksi bertemu KL City FC.

Ketika perlawanan babak pertama berbaki dua minit, Muhammad Tarmizi Ab. Ghafar memisahkan kedua-dua pasukan yang meletakkan Melaka United berada di depan.

Tarmizi menyudahkan dengan baik peluang hasil kelam kabut dihadapan pintu gol KL City FC.

Tidak cukup dengan jaringan tersebut, Melaka yang dibimbing Mohamad I’sah Abd Rahim menggandakan kedudukan di minit ke-25 menerusi Danial Dain.

Berpunca daripada serangan balas pantas dilakukan Danial, beliau kemudiannya melepaskan rembatan yang terus menewaskan Dinesh.

Tersentak dengan dua jaringan tersebut, KL City FC berhempas-pulas untuk mencari jaringan bagi merapatkan kedudukan tetapi Syahman Idris masih kental bertahan di gawangnya.

Taktikal ‘powerplay’ yang digunakan juga masih tidak mampu buat KL City untuk menghalang kemenangan 2-0 Melaka United pada perlawanan ini.

Kekalahan ini menyaksikan KL City FC mengalami kekalahan ketiga berturut-turut manakala Melaka United meraih kemenangan pertama selepas kecundang bertemu Selangor, minggu lalu.

Pemain terbaik perlawanan: Mohamad Danial Abdul Dain (Melaka United)

Kredit foto: Sufi Sahar I Tigers Super Sports

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN