Seperti Filem ‘National Treasure’, Mousa Dembele Temui Harta Karun Di Bangunan 700 Tahun

Pemain tengah Tottenham Hotspur Mousa Dembele, merancang untuk membuka sebuah hotel yang diberikan nama De Gulde Schoen (Bahasa Belanda), yang membawa makna “Kasut Emas” di bandar kelahirannya di Antwerp, Belgium.

Mengikut perancangan, hotel berkenaan bakal dibina di atas tapak sebuah bangunan lama yang berusia kira-kira 700 tahun. Disebabkan status bangunan tersebut yang berusia, Dembele telah mengarahkan sekumpulan ahli arkeologi untuk memeriksa bangunan tersebut, sebelum kerja pengubahsuaian bermula.

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Apa yang mengejutkan ahli arkeologi ialah, penemuan ruangan bawah tanah di bangunan tersebut yang tidak terdapat di dalam pelan bangunan yang ada pada mereka.

Apa yang mereka temui di ruangan bawah tanah itu lebih mengejutkan. Ruangan tersebut menyimpan barangan lama yang bernilai dalam bentuk kaca, porselin, tembikar dan pelbagai peralatan meja lain dari abad ke-18.

Akhbar Mirror di UK turut melaporkan sebuah peti harta karun berisi syiling emas turut ditemui bersama barangan lain di ruangan bawah tanah bangunan berusia 700 tahun itu.

Nilai keseluruhan barangan yang dijumpai dianggarkan melebihi £1 juta. Sebahagian daripada barangan tersebut akan dijadikan hiasan di hotel berkenaan. Maka selebihnya akan diserahkan kepada pihak muzium.

Sumber: Google street view

Dembele memiliki hotel berkenaan dengan adik perempuannya, Assita yang dipetik sebagai berkata kepada The Mirror:

“Ini adalah penemuan yang unik. Ia menggambarkan sejarah silam bangunan ini.”

Salah seorang ahli arkeologi yang terlibat dalam penemuan tersebut, Tim Bellens berkata mereka bernasib baik untuk menemui barangan tersebut setelah menemui satu ruangan yang jelas tidak termasuk dalam spesifikasi bangunan tersebut.

Keluarga Dembele turut dilaporkan mahu membina sebuah spa dan juga kolam renang di ruangan bawah tanah tersebut. Buat masa sekarang, mereka belum mengenalpasti bagaimana barangan berharga tersebut boleh berada di situ.

during the UEFA Champions League group H match between Tottenham Hotspur and Borussia Dortmund at Wembley Stadium on September 13, 2017 in London, United Kingdom.

“Kami tidak jelas bagaimana barangan ini boleh berada di sini. Mungkin pemilik sebelum ini mengasingkan ia di ruangan ini untuk tujuan membuangnya, tambah Bellens.

Berdasarkan struktur bangunan, ia dipercayai bangunan tersebut mempunyai ruangan seperti bar atau tempat minum berkelas tinggi, dan juga pernah dijadikan hotel.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN