Sejak bertahun lamanya, kancah Premier League dihiasi dengan permusuhan antara 2 entiti dari segala sudut.
Dari permusuhan antara pasukan kepada permusuhan antara pemain, malah ada juga permusuhan melibatkan para pengurus!
Salah satunya adalah melibatkan Jose Mourinho dan juga Arsene Wenger.
Memandangkan Wenger bakal meninggalkan Arsenal pada akhir musim ini, Mourinho dilihat mahu membaiki hubungan yang tidak baik melibatkan kedua-dua pihak selama ini.
Menjelang aksi antara Manchester United dan juga Arsenal pada hujung minggu ini, Mourinho memberikan pendapat beliau mengenai Wenger.
“Saya punya rasa hormat yang tinggi terhadap beliau.”
“Jika Wenger memilih untuk menghormati saya walaupun pada tahap 50% sahaja, saya berminat untuk berkawan dengan beliau di masa akan datang.”
“Sejak beberapa tahun yang lalu, saya telah cuba untuk pastikan yang saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak dalam karier pengurusan saya.”
Sebelum ini, Mourinho pernah mencetuskan kontroversi apabila menggelarkan Wenger sebagai pakar dalam kegagalan (specialist of failure).
Namun kini, Mourinho mengakui yang Wenger merupakan seorang juara dalam bola sepak.
“Hakikatnya, Wenger merupakan seorang pengurus yang berjaya di Arsenal. Beliau merupakan seorang yang berjaya.”
“Saya cuma datang ke England pada 2004 adalah untuk merampas segala kejuaraan yang dimiliki beliau. Itulah bola sepak.”
Mourinho turut akui Premier League bakal kehilangan seorang lagi ikon selepas pemergian Sir Alex Ferguson.
“Dahulu, Sir Alex Ferguson memilih untuk meninggalkan Premier League. Kini, seorang lagi ikon bakal meninggalkan liga ini.”