Mourinho Tulis Surat Buat Peminat Man United Yang Baru Sembuh Dari Penyakit Kronik

Dalam bola sepak, terdapat pelbagai nilai murni yang boleh kita jumpa dalam sukan ini.

Salah satunya adalah, nilai kasih sayang.

Baru-baru ini, pengurus Manchester United iaitu Jose Mourinho telah mengambil sedikit masa beliau untuk menulis sepucuk surat kepada peminat setia kelab tersebut yang berusia 94.

Fredrick Schofield (gambar bawah) merupakan peminat seumur hidup Manchester United baru saja sembuh dari penyakit angin ahmar.

Fred Schofield merupakan peminat setia Manchester United yang baru sembuh dari penyakit angin ahmar.

Kejayaan Schofield menewaskan penyakit pun pada usia 94 tahun telah menarik perhatian Mourinho.

Mourinho kemudiannya menulis sepucuk surat ringkas yang diberikan kepada Schofield. Berikut merupakan terjemahan ringkas surat tersebut:

“Ke hadapan Fred,”

“Kami sering diingatkan tentang dedikasi anda yang cukup hebat untuk kelab Manchester United.”

“Saya cuma ingin ucapkan terima kasih diatas sokongan dan juga kesetiaan anda kepada kelab. Keterujaan penyokong sentiasa mengagumkan saya.”

“Saya faham yang anda baru saja menghadapi masa yang cukup sukar, tapi saya berharap ia dapat membantu anda yang saya sendiri, para pemain dan juga warga kakitangan turut memikirkan tentang anda di sini.”

“Yang benar,
Jose Mourinho
Pengurus”

Surat kiriman dari Jose Mourinho.

Dihargai

Bagi cucu Schofield iaitu Kieran, beliau nyata berterima kasih dengan apa yang Manchester United.

Walaupun beliau merupakan peminat Manchester City, akan tetapi beliau berasakan kredit perlu diberikan apabila satu-satu perkara itu berhak menerima kredit.

“Bola sepak merupakan perkara utama di bandar Manchester ini.”

“Ia boleh memecahbelahkan kita, namun ia boleh menyatukan kita semua apabila diperlukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN