Mourinho: “Saya Yang Halang Lukaku Ambil Penalti, Apa Masalahnya?”

Svilar sekali lagi ada malam untuk dilupakan menentang Manchester United. Selepas cemerlang menyelamatkan penalti Martial, penjaga gol muda ini melakukan jaringan sendiri.

Jaringan sendiri itu selepas percubaan Matic terkena tiang dan melantun di belakang Svilar.

Daley Blind menambahkan gol untuk Red Devils untuk United menang 2-0. 1 mata sahaja dipisahkan daripada kemaraan pusingan seterusnya.

Drama agak menarik apabila Romelu Lukaku pada awalnya sudah mengambil bola ketika Rashford memenangi penalti. Namun beliau melepaskan bola untuk Daley Blind.

Mourinho menyatakan yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab menghalang Lukaku daripada melakukan penalti itu. Lukaku kelihatan sudah bersedia mengambil sepakan dengan meletakkan bola di atas titik penalti.

Ramai peminat United menjangkakan pemain United yang lain meminta Lukaku memberikan bola kepada Blind dan risau ia akan mempengaruhi keharmornian di dalam pasukan.

“Saya tidak faham kenapa semua orang bertanyakan soalan yang sama? Saya dibayar untuk membuat keputusan sebegini sama ada ianya baik ataupun buruk.”

“Saya membuat keputusan yang kurang tepat pada separuh masa pertama. Jadi saya menukar keputusan pada separuh masa kedua. Saya tak nampak ada apa-apa drama di sini?”

“Pengambil sepakan penalti perlawanan ini ialah Martial. Dia tidak ada di dalam padang pada penalti kedua. Jadi apa masalahnya?”

“Romelu nak mengambil sepakan itu kerana personaliti dan karakter dia memang seorang yang bertanggungjawab. Sama juga dengan Hererra. ”

“Tetapi keputusan saya berdasarkan apa yang saya lihat di pusat latihan dalam beberapa hari ini. Pemain-pemain menghormati keputusan saya dan cerita itu habis di situ!”

Romelu Lukaku kini sudah 6 perlawanan tanpa sebarang gol. Rekod terpanjang tanpa gol oleh Lukaku ialah ketika dengan Everton pada musim 2015/16 dengan 10 perlawanan tanpa sebarang gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN