Mourinho: ‘Saya Tidak Cukup Pemain Berkualiti Untuk Menyaingi Trio Tengah Liverpool’

Jose Mourinho memberitahu wartawan yang beliau terpaksa menerima keputusan seri di Anfield kerana gagal memiliki kualiti pemain yang lebih baik di dalam perlawanan ini.

Kehilangan Fellaini dan Pogba membuatkan Mourinho menggunakan set tengah dengan Hererra dan Matic. Mourinho berkata:

“Pada babak pertama, kami lebih baik, menguasaia perlawanan dan kompak. Kami ada beberapa percubaan gol pada pada babak kedua. Mereka bermain dengan bahagian tengah yang sangat kuat, Can Wijnaldum dan Henderson selama 90 minit.”

“Tetapi, pada babak kedua, saya tidak ada di pemain di bangku simpanan untuk mengubah arah permainan kami.”

“Saya fikir mereka takut serangan balas kami. Saya hanya cuba memperbaiki kawasan serangan untuk mengejutkan mereka.”

“Mereka mengekalkan organisasi yang kuat di bahagian tengah. Saya menunggu dia (Jurgen Klopp) memecahkan sedikit corak permainan mereka.”

“Tetapi dia memastikan ia tidak pecah. 1 mata dari Anfield itu OK. Pasukan lawan bermain baik hari ini tetapi kami masih mampu bermain dengan cara kami.”

“Pada babak kedua, Matic letih dan saya tidak ada penyelesaian di bangku simpanan. Saya cuba melakukan pertukaran untuk kami lebih dinamik dalam serangan.”

“Tetapi, pada hakikatnya, kita kehilangan kuasa, tenaga dan kawalan di bahagian tengah. “Saya hanya ada Herrera dan Matic. Kami tidak ada Pogba, Fellaini dan Carrick.””

“Saya menunggu mereka terpecah dan cuba menggunakan pemain yang laju. Tetapi ia tidak berlaku. Mereka sangat kuat di tengah.”

“Kami datang untuk tiga mata tetapi pada babak kedua kami merasa sukar untuk melakukan itu dengan perlawanan dan dinamik itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN