Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho jelas sekali tidak suka dengan bola yang digunakan dalam pertandingan dalam pertandingan Piala FA kali ini.
Tottenham Hotspurs bergelut untuk menyelamatkan diri daripada tersingkir awal daripada Piala FA di tangan pasukan liga bawahan, Middlesbrough.
Middlesbrough di hadapan menerusi Ashley Fletcher pada minit ke-50.
11 minit kemudian, Lucas Moura menyamakan kedudukan menerusi tandukan kemas.
Mourinho berkata: “Saya rasa bola yang digunakan hari ini adalah bola pantai. Ianya terlalu ringan.”
“Saya tak rasa itu akan membantu para pemain.”
“Namun itu bukanlah satu alasan,” tegas beliau kepada BT Sports.
Seterusnya, Jose Mourinho kecewa kerana tiada VAR digunakan dalam aksi tersebut.
Menurut Mourinho, jika ada VAR, Middlesbrough tidak akan mendapat gol mereka itu kerana ianya ofsaid.
Pengendali dari Portugal itu berkata: “Ya, kerana gol Middlesbrough itu ofsaid, dan jika ada VAR, ia akan menilai semula gol itu.”
“Pengadil hari ini pun tidak seperti yang biasa kita lihat, berada 200 batu jauhnya.”
Agak menarik kerana sebelum ini, beberapa hari lalu Mourinho mengutuk VAR. Namun baru sekali tiada VAR, beliau sudah merinduinya.
Jose Mourinho on VAR 🗣 "I think VAR should change its name to VR. It is a video referee." #THFC pic.twitter.com/rnjBNO17s7
— Talking THFC (@TalkingTHFC) January 2, 2020
Mourinho juga menjelaskan, pasukannya sukar untuk bermain kerana ketiadaan target man.
Ia membuatkan mereka sukar berhadapan dengan pasukan yang bertahan dengan sepenuh jiwa dan ramai.
"We were without a target man to be in positions where we could organise our game with that point .. it could be worse!"
Despite being without Harry Kane, Jose Mourinho still believes his side should have found a winner.
🎙 @DesKellyBTS pic.twitter.com/AKPmBfWa9H
— Football on TNT Sports (@footballontnt) January 5, 2020
Harry Kane terpaksa disisihkan kerana kecederaan di bahagian hamstring.