Mourinho Anggap Prestasi Buruk Eriksen Itu Biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menganggap prestasi yang tidak begitu baik dari perancangnya, Chrisitan Eriksen itu adalah normal.

Bercakap kepada media menjelang aksi ulangan FA Cup menentang Middlesbrough, Mourinho memilih untuk tidak mengkritik pemain itu sebaliknya memahami situasi tersebut.

Mourinho menganggap situasi Eriksen yang mahu meninggalkan kelab itu adalah punca mengapa pemain itu tidak beraksi baik di atas padang.

Untuk rekod, Eriksen kini tinggal enam bulan sahaja dalam kontraknya bersama-sama Tottenham Hotspur dan kini bebas untuk bercakap dengan mana-mana pasukan.

“Saya tak salahkan beliau [Christian Eriksen]. Saya tahu situasi di mana seorang pemain itu bukanlah dirinya, walaupun jika pemain itu mahu menjadi dirinya.”

“Ianya normal apabila seorang pemain tidak beraksi pada tahap sebenarnya. Saya tidak mengkritik beliau.”

Eriksen sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Tottenham Hotspur, beliau sering kali dikaitkan dengan kelab La Liga – Barcelona.

Sungguh pun begitu, gosip itu belum lagi menjadi nyata dan sekiranya Barcelona benar-benar mahukan Eriksen, masanya adalah sekarang.

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U