Mourinho: “Saya Adalah Salah Seorang Pengurus Terbaik Dunia, Klopp Tidak Pernah Menang Piala”

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendakwa dirinya sebagai salah seorang pengurus terbaik di dunia walaupun tidak menjuarai Liga Perdana Inggeris bersama kelabnya itu.

United tewas dua dari tiga perlawanan pertama mereka pada musim ini. Rekod terburuk yang pernah dilalui kelab tersebut sejak musim 1992/93.

Tetapi Mourinho tetap mempertahankan rekod milik beliau, sambil mengambil kata-kata ahli falsafah Jerman, dan menekankan fakta bahawa hanya dirinya satu-satu pengendali yang pernah bergelar juara di Itali, Sepanyol dan England.

“Saya adalah pengurus kepada salah sebuah kelan terhebat di dunia. Dan saya juga adlaah salah seorang pengurus terhebat yang di dunia,” ujar Mourinho dalam sidang media semalam.

Ditanya jika beliau masih adalah pengurus yang hebat walaupun tidak memenangi kejuaraan liga bersama United yang sudah memiliki 20 kejuaraan termasuk 13 EPL, pengendali dari Portugal itu berkata:

“Sudah tentu. Anda [wartawan] tidak pernah membaca kata-kata ahli falsafah, Hegel?

“Hegel berkata: Kebenaran harus dilihat dari kontek menyeluruh. Hanya dari melihat dari kaca mata keseluruhan, anda akan menemui kebenaran,” tekan Mourinho.

“Adakah anda bertanya soalan yang sama kepada pengurus yang menamatkan musim di tangga ke-3, ke-4 atau ke-5 pada musim lalu?”

Apabila wartawan menjawab pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berhadapan soalan yang sama pada musim lalu, Mourinho menjawab:

“Ini kerana beliau tidak pernah menang apa-apa [piala] dalam pertandingan antarabangsa. Itu contoh.”

“Itu masalah dia. Saya hanya memberitahu apa yang saya fikirkan dan rasa sebab anda bertanya. Dan saya telah menjawab soalan itu.”

Dalam sidang media yang lalu selepas tewas kepada Tottenham, Mourinho meluru keluar dari sidang media selepas meminta wartawan menunjukkan lebih hormat kepada pencapaian beliau.

Minggu ini United akan berkunjung ke Burnley dan Mourinho berkata:

“Saya melalui beberapa musim yang baik sebelum ini, dan anda mungkin sengaja pejam mata.”

(Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

“Dua musim lalu, kami memenangi UEFA Europa League. Kami muncul juara pertandingan itu, kerana itulah kualiti kami. Manchester United adalah pasukan terakhir yang meraih kejuaraan di Eropah.

“Saya sendiri telah menang lapan kejuaraan. Saya satu-satunya pengurus yang pernah menang di Itali, Sepanyol dan England.

“Semua kejuaraan itu bukan kujuaraan kecil. Ia adalah kejuaraan utama. Dan meraih tempat kedua pada musim lalu, juga adalah salah satu pencapaian terbaik saya di dalam bola sepak,” ujar Mourinho.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN