Mourinho: “Newcastle Melawan Kami Seperti Seekor ‘Binatang'”

Newcastle United akhirnya memenangi perlawanan EPL di tempat sendiri buat pertama kali sejak Oktober. Kemenangan itu adalah ke atas pasukan Manchester United.

Jarinan tunggal Matt Ritchie pada minit ke-65, sudah cukup untuk memberikan 3 mata berharga kepada Magpies dan keluar daripada zon penyingkiran. Manchester United pula berada 16 mata di belakang pendahulu Manchester City.

Penjaga gol yang melakukan debut untuk Newcastle, Martin Dubravka adalah pemain paling cemerlang menafikan banyak percubaan Manchester United terutama sekali percubaan bahaya daripada Jesse Lingard, Anthony Martial, Ashley Young dan Michael Carrick.

Penyokong Newcastle berang apabila pengadil tidak memberikan penalti selepas Dwight Gayle dijatuhkan oleh Chris Smalling.

Aspek pertahanan United menjadi subjek kepada kritikan sekali lagi. Gol Newcastle, adalah berpunca daripada komitmen rendah oleh Pogba yang tidak mahu mencabar bola.

Smalling hanya memenangi 53% pertarungan di udara berbanding dengan 77% dan 75% masing-masing daripada Lejeune dan Lascelles yang bermain di tengah defensif Newcastle United.

Dalam satu lagi perlawanan, Liverpool menang 0-2 di St. Mary untuk memberikan tekanan kepada Manchester United dengan hanya dibezakan 2 mata sahaja.

Semalam Spurs turut mencatatkan kemenangan, pasukan yang turut memberikan tekanan kepada Manchester United untuk tempat ke-2 selepas pada awal musim United dilihat sangat cemerlang.

Dalam kenyataan media selepas perlawanan, Mourinho akur dengan kekalahan United dan berpendapat lawan mereka berjuang seperti seekor binatang. Namun beliau tidak mahu ada pihak salah anggap.

Mourinho menyamakan perjuangan Newcastle United yang sangat bernafsu seperti seekor binatang buas yang bersungguh-sungguh.

“Mereka berjuang seperti binatang. Saya harap mereka terima ianya sebagai pujian. Hari ini ‘tuhan’ bola sepak bersama dengan mereka. Jadi, segalanya tidak akan menjadi bagi pihak kami.”

“Newcastle memberikan semua yang mereka ada dan apa yang mereka tiada. Itu adalah perkara yang sangat indah dalam bola sepak.”

“Mereka berjuang untuk mempertahankan mata mereka. 1 mata adalah apa yang ada dalam kepala mereka. Namun kami membuat kesilapan defensif dan memberikan mereka gol. Kemudian, dalam kepala mereka hanyalah mahu elak daripada bolos.”

“Walaupun 10 jam kami bermain di sini, kami tidak akan dapat menjaringkan gol. Itulah yang kami rasa. Lihatlah betapa banyak peluang kami cipta sepanjang perlawanan termasuk peluang gol terbuka daripada Alexis Sanchez.”

Mourinho akui, pasukan beliau tidak cukup bagus untuk bertarung bola di udara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN