Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menafikan dakwaan yang pemainnya menjadi punca kepada tercetusnya pergaduhan dalam terowong menuju ke bilik persalinan selepas perlawanan Manchester Derby di Old Trafford, Ahad lepas.
FA England sedang menyiasat dakwaan yang mengaitkan 15 individu terbabit dalam insiden itu yang difahamkan berpunca daripada tindakan Mourinho mengarahkan pemain Manchester City merendahkan suara sewaktu meraikan kemenangan pasukan mereka.
Tindakan itu bagaimanapun mengakibatkan Mourinho dibaling sekotak susu sebelum barisan pemain dan staf kedua-dua pasukan mula bertengkar yang mana menyaksikan jurulatih City, Mikel Arteta mengalami kecederaan di bahagian bawah mata akibat terkena botol plastik.
https://twitter.com/utdxtra/status/940368281604624385
Ketika ditanya oleh media UK mengenai laporan yang mengatakan botol air terkena Arteta dilempar oleh penyerang United, Romelu Lukaku,
Mourinho berkata: “Tunjuk dulu bukti dan hukumlah dia. Manchester City sepatutnya menghormati kami”
Pengurus City, Pep Guardiola dalam masa sama turut memohon maaf kepada United dan berjanji tidak akan ulangi lagi insiden itu.
Beberapa kakitangan City mendakwa salah seorang ahli fisioterapi mereka turut ditumbuk semasa insiden itu, namun ia segera dinafikan United.
Mourinho berkata beliau pasti pemainnya tidak melakukan perkara tidak diingini itu.
“Saya tahu,” kata pengurus United itu. “Saya tidak yakin: saya tahu.”
Apabila Mourinho ditanya wartawan adakah beliau bimbang terhadap sebarang bentuk hukuman, reaksi beliau: “Saya fikir anda bekerja untuk kelab satu lagi dan bukannya untuk organisasi media.”
FA England memberikan tempoh kepada kedua-dua kelab sehingga 6 petang waktu tempatan hari ini untuk mengemukakan hujah sebelum memutuskan keputusan. – AFP