Gosip Perpindahan Chelsea Januari Ini?

Musim perpindahan Januari ini telah dibuka pada 1 Januari sehingga 31 Januari 2015.Mampukah Jose Mourinho memenangi kejuaraan liga perdana Inggeris (EPL) dengan skuad sedia ada beliau?

Ataupun beliau perlu menambah beberapa muka baru untuk memperkasakan skuad The Blues?

Pemain-pemain berikut merupakan antara yang di gosipkan dengan Chelsea :

1. Marco Reus


Pemain ini menjadi rebutan kebanyakan kelab gergasi di dunia termasuklah Chelsea sendiri.Reus tidak menyambung kontraknya dengan Dortmund buat masa ini dan mungkin akan menentukan hala tuju beliau ke kelab mana pada musim perpindahan Januari ini.Chelsea mungkin menghadapi saingan dari Barcelona dan Real Madrid untuk mendapat tandatangan pemain antarabangsa Jerman ini.

Kebarangkalian perpindahan : 2/5

2.Lionel Messi


Khabar angin pembelian pemain terhebat di dunia ini telah tersebar luas.Tetapi tiada kata putus dari Barcelona memandangkan Lionel Messi merupakan seorang legenda dan beliau masih muda (27 tahun).Mourinho juga pernah menyatakan yang mustahil untuk Barcelona melepaskan Messi.Ada cakap-cakap yang mengatakan Messi perlu bermain di EPL untuk membuktikan status beliau selaku pemain terbaik dunia.Bagi kami tidak perlu kerana beliau bermain di La Liga, antara liga terbaik di dunia.

Kebarangkalian perpindahan : 0/5

3. Ilkay Gundogan


Ilkay Gundogan menjadi tumpuan kelab besar sama seperti pemain Borrusia Dortmund yang lain iaitu Marco Reus dan Mats Hummels.Chelsea mungkin memerlukan Gundogan di tengah bagi membantu Fabregas jika ketiadaan Nemanja Matic.Kekebalan pertahanan Chelsea agak longgar setiap kali Matic tidak diturunkan.

Kebarangkalian perpindahan : 2/5

4. Andrej Krajmaric

Didier Drogba dijangka akan bersara pada penghujung musim dan Chelsea sedang bersiap sedia untuk membeli Andrej Kramaric yang kini bermain di NK Rijeka.Semasa artikel ini ditulis, Chelsea dikhabarkan sudah mendapatkan khidmat beliau tetapi tiada sebarang pengumuman lagi dari pihak Chelsea.

Andrej Krajmaric adalah seorang pemain yang kami dah highlight sebagai antara 10 pemain muda Eropah yang perlu diperhatikan dalam artikel kami yang lepas (http://semuanyabola.com/10-pemain-muda-power-yang-perlu-anda-tahu-dalam-euro-2016-1/)

Kebarangkalian perpindahan : 5/5

 

5. Raphael Varane

Pemain Real Madrid ini dikatakan telah pun berhubung dengan pihak agen berkenaan perpindahan.Varane antara pertahanan muda yang terbaik di dunia ketika ini.Tackle yang keras dan bersih selalu menjadi mimpi buruk penyerang seperti Neymar.

Kebarangkalian perpindahan : 1/5

6. Eden Hazard


Pemain ini berada dalam senarai perhatian Real Madrid.Real Madrid telah pun berhubung dengan Chelsea untuk mendapatkan khidmat beliau.Cuma kami pun tak tahu Hazard ni nanti nak letak mana dalam skuad Real Madrid.

Kebarangkalian perpindahan : 1/5

7. Petr Cech


Selain De Gea dari Manchester United, penjaga gol alternatif yang menjadi sasaran Real Madrid adalah Petr Cech. Cech dikhabarkan kurang senang dengan polisi Jose Mourinho yang selalu menurunkan Thibaut Coutois berbanding beliau.

Kebarangkalian perpindahan : 3/5

8. Mohamed Salah


Pemain Mesir ini juga kurang senang dengan polisi Mourinho yang meletakkan beliau sebagai pemain gantian sepanjang berada di Chelsea.Beliau dijangka akan ke liga Turki untuk mendapatkan kembali rentak permainan beliau.

Kebarangkalian perpindahan : 3/5

Mungkinkah gosip perpindahan ini berlaku?

Kita tunggu dan lihat bagaimana The Special One menggunakan genius beliau pada musim perpindahan Januari ini.

Kredit featured image : sport.gentside.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN