Mourinho Mungkin Akan Dipecat Jika Manchester United Kalah Lagi

Nasib pengurus Manchester United, Jose Mourinho kini bagaikan telur dihujung tanduk apabila beliau hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk mengembalikan semula kepercayaan pihak pengurusan dan penyokong.

Para pemain dan kakitangan Manchester United percaya, Mourinho bakal dipecat sekiranya pasukan itu mengalami kekalahan ketiga berturut-turut apabila bertandang ke Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Sehingga kini, spekulasi bahawa Naib Pengerusi United, Ed Woodward bersedia memecat pengendali dari Portugal itu tersebar luas selepas mereka tewas dua kali berturut-turut dalam tiga aksi pembukaan liga.

Selepas tewas 2-3 di Brigh­ton pada 19 Ogos lalu, United dibenam 0-3 oleh Tottenham dalam aksi di Old Trafford, semalam, kekalahan yang meletakkan mereka di tangga 13 liga ketika ini.

Episod tersebut sama seperti hari-hari terakhir pengurus pasukan terdahulu, Louis van Gaal pada 2016 sebelum dia digantikan dengan Mourinho.

Ramai yang meramalkan kemungkinan besar legenda Pe­rancis dan Real Madrid, Zinedine Zidane akan mengisi kerusi panas tersebut.

“Mereka mengatakan Jose akan meninggalkan United tidak lama lagi.

“Ramai yang meramalkan dia akan disingkirkan jika United kalah kepada Burnley. Mereka menjangkakan Jose tidak dapat bertahan selepas bulan September.

“Kami telah melihat keadaan yang sama sebelum ini (merujuk situasi Van Gaal). United secara terbuka akan mengatakan mereka menyokong Jose tetapi kita semua dapat lihat apa yang pernah terjadi berlaku pada Louis.

“Pemain sudah bercakap mengenai kemungkinan Zidane akan tiba ke sini,” kata sumber kepada akhbar Britain, Daily Mail semalam.

Sementara itu, bekas kapten United, Bryan Robson mempertahankan Mourinho dan meng­anggap jurulatih kontroversi itu menjadi ‘sasaran mudah’ buat penyokong Red Devils yang tidak berpuas hati.

“Ia terlalu mudah. Minoriti penyokong kelab mahu pengurus disingkir selepas beberapa keputusan buruk dan mereka bercakap dengan lantang.

“Jose memiliki rekod yang baik.

“Selepas tiga perlawanan, anda tidak sepatutnya bercakap tentang memecat pengurus, sebaliknya memberi galakan dan menyokongnya,” kata Robson kepada MUTV.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN