Mourinho Mungkin Akan Hilang Khidmat Marouane Fellaini Bertemu Liverpool

Pengurus skuad kebangsaan Belgium gusar akan keadaan pemain tengah, Marouane Fellaini yang berkemungkinan mengalami kecederaan ligamen lutut ketika beraksi untuk Belgium menentang Bosnia Herzegovina dalam perlawanan kelayakkan Piala Dunia pada awal pagi tadi.

Fellaini kelihatan seperti sukar untuk meneruskan aksi sebelum memberi isyarat ke arah tempat duduk pemain simpanan Belgium, sebelum terbaring di atas padang kerana kecederaan dan kesakitan yang dialaminya.

Pemain tengah Manchester United itu pantas diberikan rawatan susulan sebelum pengesahan kecederaan pada lutut sebelah kiri. Fellaini kemudiannya dikeluarkan untuk diganti dengan pemain Anderlecht, lender Dendocker.

( Photo by Nico Vereecken / Photonews via Getty Images)

Dalam tembual sejurus selepas tamat perlawanan, Martinez dipetik sebagai berkata:

“Kami semua risau akan keadaan Fellaini. Apa yang paling dirisaukan ialah kecederaan tersebut adalah kecederaan ligamen.”

Pihak Belgium FA turut mengesahkan kecederaan yang dialami oleh Fellaini, namun hanya akan memberikan pengesahan lanjut esok.

“Pemeriksaan awal pada Fellaini sememangnya akan merisaukan semua pihak. Apa yang paling merisaukan ialah kecederaan tersebut kemungkinan ialah kecederaan ligamen pada lutut sebelah kiri.”

(Photo by VI Images via Getty Images)

Bosnia menjaringkan gol penyamaan sejurus selepas Fellaini dikeluarkan selepas mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. Namun demikian, Belgium bangkit untuk menewaskan lawan mereka itu dengan jaringan 4-3.

Perkhabaran semasa mengenai Fellaini ini pasti turut menggusarkan Jose Mourinho dan juga Manchester United. Fellaini telah menjadi watak penting dalam perancangan Mourinho, terutama selepas kecederaan otot yang dialami oleh Paul Pogba.

Sehingga ke hari ini, Fellaini telah tampil dalam 5 perlawanan dan telah menjaringkan 4 gol untuk Manchester United pada musim ini.

( Photo by Peter De Voecht / Photonews via Getty Images)

Beberapa hari berikutnya pasti sesuatu yang mendebarkan buat Mourinho. Pengurus dari Portugal itu pasti mengharapkan keputusan yang positif daripada pemeriksaan lanjut yang akan dilakukan terhadap Fellaini.

Manchester United akan berhadapan dengan Liverpool di Anfield pada minggu hadapan.

Sumber:

1. Sky Sports (2017): Manchester United’s Marouane Fellaini ‘may have damaged ligaments’ in Belgium game; http://www.skysports.com/football/news/29908/11071456/manchester-uniteds-marouane-fellaini-may-have-damaged-ligaments-in-belgium-game

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN