Mourinho Sekali Lagi Tempelak Manchester United Mengenai Isu Perpindahan

Jose Mourinho sekali lagi mengambil kesempatan untuk melepaskan tembakan kepada pengurusan tertinggi Manchester United.

Beliau sekali lagi menzahirkan rasa tidak puas terhadap kelabnya sendiri selepas gagal mendapatkan para pemain yang beliau mahukan.

Menurut laman Telegraph, Mourinho terus berasa kecewa dengan kelabnya selepas bercakap dengan pemilik Juventus iaitu Andrea Agnelli ketika aksi UEFA Champions League antara kedua-dua pasukan.

Mourinho jelas kagum dengan pencapaian Juventus selepas beliau pergi meninggalkan Internazionale untuk Real Madrid pada 2010.

“Sejak saya tinggalkan Internazionale, Juventus sudah menang 7 gelaran liga dan nampaknya mereka akan menang untuk kali ke-8.”

“Namun begitu, beliau katakan yang 8 kejuaraan itu tidak cukup tetapi mereka mahukan 10.”

“Ia merupakan satu kenyataan yang cukup mantap. Mereka sudah ada 7 kejuaraan liga berturut-turut tetapi mereka beli Cristiano Ronaldo, Joao Cancelo, Leonardo Bonucci dan juga Emre Can. Mereka mahukan lebih lagi.”

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 23: Cristiano Ronaldo of Juventus reacts during the Group H match of the UEFA Champions League between Manchester United and Juventus at Old Trafford on October 23, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Pada Mourinho, semua pihak mengambil ringan apa yang beliau katakan di awal musim selepas beliau hanya membeli 3 pemain sahaja.

“Saya percaya ramai pihak tidak serius dengan apa yang saya katakan apabila kami berjaya dapat tempat kedua dan musim ini akan jadi sangat sukar buat kami.”

“Dalam landskap bola sepak hari ini, semua pasukan semakin kuat dan bersedia untuk melabur berjuta-juta untuk skuad mereka.”

Manchester United akan menentang Everton di laman sendiri jam 12 pagi ini waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN