‘Mourinho Malaya’ – 3 Sebab Mengapa Kedah Perlu Kekalkan Aidil Sharin

‘Mourinho Malaya’ itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Aidil Sharin Sahak atas apa yang beliau pamerkan sebagai pengurus skuad Kedah Darul Aman FC.

Mengapa beliau layak dianggap ‘Mourinho Malaya’? Ia kerana ada persamaan ketara antara kedua-dua pengurus ini walau taraf mereka bagai langit dengan bumi.

Jose Mourinho merupakan seorang pengurus yang sangat pentingkan kemenangan dan beliau sama sekali tidak peduli dengan corak permainan yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya.

Main cantik atau tidak itu perkara kedua, yang paling penting skuadnya perlu mencatatkan kemenangan.

Dalam erti kata lain, Aidil Sharin tidak mempunyai filosofi sendiri, namun beliau ada formula untuk menang.

Lihat saja pencapaian Kedah sepanjang berada di bawah kendalian beliau, skuad Helang Merah itu sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam carta saingan Liga Super.

Walau bagaimanapun, masih ramai sebenarnya penyokong Kedah yang tak suka dengan cara Aidil Sharin dan turut mendesak pihak kelab supaya memecat pengurus berusia 44 tahun itu.

Untuk melepaskan kemarahan, kebanyakkan peminat telah melemparkan pelbagai kata cacian, makian dan hinaan kepada pengurus dari Singapura itu.

Walau bagaimanapun, Aidil Sharin tetap ada kelebihan tersendiri yang menyebabkan beliau berhak untuk terus kekal mengendalikan skuad Kedah.

Berikut merupakan tiga sebab mengapa Aidil Sharin berhak untuk kekal mengendalikan Kedah.

1) Konsisten

Sejak beberapa musim kebelakangan ini, beliau senantiasa berjaya membantu Kedah untuk berada di kedudukan terbaik dan bermain di pentas bola sepak Asia.

Tidak kira apa saja yang berlaku dalam kem Kedah, Aidil Sharin tetap mampu untuk memimpin anak-anak buahnya dalam mencatatkan kemenangan demi kemenangan.

Bukti paling nyata boleh dilihat dari keputusan-keputusan yang berjaya dicatatkan oleh skuad Kedah sepanjang berada di bawah kendalian beliau.

2) Bijak menjaga keharmonian bilik persalinan

Hal ini mungkin sedikit tidak sama dengan Jose Mourinho sebenar kerana ‘Mourinho Malaya’ bijak dalam mengawal keharmonian bilik persalinan.

Jika Mourinho sebenar kerap ada masalah dengan pemain dan pimpinan kelab, Aidil pula bijak menjaga hubungan beliau dengan semua pihak.

Lihat saja bagaimana beliau menangani isu berkait masalah tunggakan gaji skuad Kedah, Aidil jelas sekali mampu mengawal situasi dengan sangat cemerlang.

Baik di depan media, mahupun aksi di atas padang, cara skuad Kedah pada ketika itu dilihat seolah-olah langsung tidak berdepan dengan masalah dalaman.

Pengurus setenang inilah yang diperlukan oleh kelab kerana beliau bijak dalam mengawal situasi.

3) Ada formula untuk menang

Seperti yang dinyatakan di atas, Aidil merupakan ‘Mourinho Malaya’ kerana beliau tidak ada filosofi sendiri, namun ada ramuan untuk bantu Kedah mencatatkan kemenangan.

Taktikal beliau boleh dikatakan sering dipertikaikan namun dengan taktikal sama juga beliau berjaya membantu Kedah untuk mencatatkan kemenangan demi kemenangan.

Hal itu sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan kemampuan beliau kerana pada akhirnya, kedudukan Kedah dalam carta liga yang akan dilihat oleh semua pihak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN