Mourinho: “Selamat Maju Jaya Kepada Seteru Saya, Wenger”

Jose Mourinho menegaskan bahawa beliau sentiasa menghormati Arsene Wenger walaupun pada saat mereka bertelagah di tepi padang.

Semalam Wenger mengumumkan akan meninggalkan posisi beliau sebagai pengurus Arsenal selepas hampir 22 tahun menabur bakti bersama kelab London itu.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Selama ini, Mourinho kelihatan amat kritikal terhadap pengendali yang berasal daripada Perancis itu.

Malah pengendali berbangsa Portugal itu pernah menyifatkan Wenger sebagai ‘pakar untuk mencipta kegagalan’ dan mempunyai sifat seorang ‘voyeur’.- sifat pelik yang dikaitkan dengan kepuasan keperluan seks.

Namun demikian, ia tidak pernah membuatkan Mourinho hilang rasa kagum akan Wenger dan sumbangan yang telah dilakukan oleh seterunya itu di dalam bola sepak.

Ketika sidang media menjelang perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspur esok, Mourinho berkata:

(Photo by Paul Gilham/Getty Images)

“Jika beliau gembira, saya turut gembira. Jika beliau sedih, maka saya turut akan bersedih.” ujar Mourinho mengulas keputusan oleh Wenger itu.

“Saya hanya mampu mengucapkan selamat maju jaya kepada seteru (Wenger) saya.”

“Anda semua tidak tahu betapa dalamnya rasa hormat terhadap satu sama lain di antara kami berdua, walaupun adakalanya ia tidak kelihatan sedemikian.”

“Seperti pemain yang dilayangkan kad kuning dan merah kerana kekasaran antara satu sama lain, begitu juga dengan pengurus. Bezanya kami lebih menghormati lawan, dan pihak yang menanggung lebih banyak masalah.”

“Ia adalah persaingan berkaitan kekuatan, cita-cita, dan kualiti di antara satu sama lain. Namun pada pengakhirannya, kami saling menghormati karier satu sama lain.”

(Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Mourinho akan berhadapan dengan Arsene Wenger sekali lagi apabila Arsenal akan bertandang ke Old Trafford pada minggu hadapan.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengumuman daripada Wenger mengenai perancangan masa hadapannya.

Untuk itu, Mourinho mengharapkan Wenger terus menyumbang pengalaman dan kebolehannya di dalam bola sepak walaupun bukan sebagai pengurus atau jurulatih.

“Tiga kejuaraan EPL dan tujuh Piala FA, apa yang telah dilakukan oleh beliau di Jepun dan Perancis, saya tahu apa maksud di sebalik pencapaian ini.”

“Apa yang disumbangkan oleh Wenger kepada bola sepak Perancis, bagaimana beliau membangkitkan Arsenal untuk kejuaraan liga, bagaimana beliau menguruskan Arsenal ketika di peringkat peralihan perpindahan stadium, kita sebenarnya tahu sumbangan beliau.”

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

“Kerana itu, jika beliau gembira dengan keptusan tersebut, saya juga turut gembira. Saya cuma harapkan beliau tidak bersara terus daripada bola sepak,” jelas Mourinho.

Mourinho dan Wenger dikenali sebagai pengurus bola sepak yang sentiasa bercakaran antara satu sama lain.

Dalam satu perlawanan liga pada Oktober 2014 di Stamford Bridge, kedua-dua pengendali kelihatan seperti bercakaran antara satu sama lain di kawasan tepi padang.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN