Mourinho Mahu Man Utd Jadi Seperti Roger Federer Berhadapan Young Boys

Jose Mourinho berkata Manchester United harus mengambil inspirasi dari pemain tenis terkemuka dunia, Roger Federer ketika berhadapan Young Boys di arena lawan pada awal pagi nanti.

Manchester United akan membuka cabaran di pertandingan UEFA Champions League dengan kunjungan ke Switzerland, dan akan beraksi di padang sintetik di Stade de Suisse, Switzerland.

Roger Federer of Switzerland hits the ball during a quarterfinal match against Kevin Anderson of South Africa at Wimbledon in London on July 11, 2018. (Photo by Kyodo News via Getty Images)

Untuk itu, Mourinho menekankan ia sepatutnya tidak ada masalah, dan tidak mahu pemain-pemainnya menjadikan padang sintetik sebagai alasan untuk menampilkan permainan yang dikehendaki.

Pengurus dari Portugal itu turut mengambil contoh bintang tenis Switzerland, Roger Federer yang merupakan juara lapan kali Wimbledon di atas gelanggang rumput, tetapi tetap unggul beraksi di gelanggang keras dan tanah liat.

Ditanya wartawan dalam sidang media sebelum perlawanan mengenai penggunaan padang sintetik di Stade de Suisse, Mourinho berkata:

Manchester United’s players warm up during a training session at the artificial turf Stade de Suisse stadium on the eve of the UEFA Champions League group H football match between Young Boys and Manchester United on September 18, 2018 in Bern. (Photo by Fabrice COFFRINI / AFP) (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

“Saya tidak mahu menggunakan alasan itu terutama sekali sebelum perlawanan. Ia bukan alasan untuk kami tidak menampilkan permainan yang mantap.

“Semua orang tahu ia akan berbeza. Saya sudah menyatakan pandangan ketika persidangan di Geneva dan mesyuarat pengurus-pengurus UEFA tempoh hari.

“Saya mahu mengambil contoh. Kami sekarang akan beraksi di Switzerland. Ia adalah negara lahirnya salah seorang pemain tenis terbaik sepanjang zaman.

“Saya pasti beliau (Federer) juga tidak berapa gembira bermain di gelanggang yang berlainan. Tetapi beliau harus beraksi, dan beliau harus menang.

“Semua orang juga tahu Federer mempunyai gelanggang kegemaran beliau sendiri. Tetapi beliau juga harus memburu kemenangan ketika beraksi di atas gelanggang yang bukan kegemaran beliau.

“Jadi tidak ada alasan untuk kami, dan kami harus menharungi perlawanan ini,” jelas Mourinho yang mengambil contoh bintang tenis dunia itu.

Mengenai pemain yang akan membarisi kesebelasan utama Manchester United pada pagi ini, Mourinho mengesahkan Antonio Valencia tidak akan terlibat, manakala Luke Shaw berpeluang untuk kembali ke posisi beliau di bek kiri pasukan.

BERN, SWITZERLAND – SEPTEMBER 18: Manager Jose Mourinho of Manchester United in action during a training session at Stade de Suisse on September 18, 2018 in Bern, Switzerland. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Shaw mempunyai peluang besar untuk beraksi. Kami memutuskan untuk tidak membawa Antonio Valencia ke sini. Lutut beliau tidak sesuai untuk aksi di padang sintetik. Luke Shaw akan bersama kami untuk perlawanan ini.

“Valencia adalah satu-satunya pemain yang perlu diberi perhatian. Selain daripada itu, kami membawa semua pemain yang kami fikirkan perlu dan sudah sudah tentu kami mahukan kemenangan,” ujar Mourinho lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN