Selepas dipecat daripada jawatan pengurus Manchester United Selasa lalu, Jose Mourinho mengakui masa depannya masih cerah dan mungkin akan menimbangkan tawaran membimbing pasukan lain.
Pengurus dari Portugal itu menjelaskan ketika ini beliau akan menjalani kehidupan seperti orang biasa tanpa Manchester United dalam hidupnya.
Mourinho dipecat oleh United berikutan kekalahan 1-3 kepada Liverpool di Anfield, sekali gus menyaksikan juara Liga Perdana England 20 kali itu ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu, Liverpool dalam 17 perlawanan.
"We've been without Mourinho here for five years and you're still talking about him!"https://t.co/SfgbFs88UA
— Balls.ie (@ballsdotie) December 21, 2018
Namun, bekas pengendali Chelsea, Real Madrid dan Inter Milan itu enggan menjelaskan secara terperinci mengenai isu pemecatannya.
“Saya tidak akan berubah. Apa yang saya buat selepas tinggalkan Chelsea sebelum ini, masih sama dengan apa yang akan saya lakukan selepas ini.
“Saya akan simpan kenangan yang baik sahaja dan tidak akan bercakap tentang apa yang berlaku bersama kelab ini. Banyak perkara baik yang dapat dikatakan tentang perkara ini.
“Manchester United mempunyai masa depan yang cerah tanpa saya dan saya juga memiliki masa depan yang lebih bagus tanpa mereka. Jadi mengapa saya perlu beritahu anda apa perasaan saya sekarang?
Manchester United started life without Jose Mourinho with an energetic display under Ole Gunnar Solskjaer as they thrashed Cardiff 5-1 at Cardiff City Stadium. #NTVAtOne @zeynabIsmail pic.twitter.com/yf5fXCqdzW
— NTV News (@NTVnewsroom) December 23, 2018
Bagaimanapun, Mourinho juga enggan memberitahu apakah perancangannya selepas ini.
“Masa saya di United telah berakhir. Saya harap anda semua hormati perkara ini. Sehingga saya kembali semula ke arena bola sepak, saya rasa saya berhak jalani kehidupan biasa saya seperti yang saya lakukan sekarang.
“Manchester United sudah menjadi kenangan bagi saya,” jelasnya.