Mourinho Sifatkan Liverpool Wajib Menang Piala Musim Ini Selepas Berbelanja Besar

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyifatkan musim ini merupakan peluang terbaik untuk musuh tradisi mereka iaitu Liverpool memenangi kejuaraan.

Menurut beliau, Liverpool perlu membuktikan kesemua pembelian mereka pada musim panas ini berbaloi dan membuahkan hasil.

Menerusi laman Goal, Mourinho berkata peminat kini berhak untuk meminta kejuaraan dari Liverpool pada musim ini.

Mourinho
MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 29: Jose Mourinho, Manager of Manchester United looks on during the Premier League match between Manchester United and Arsenal at Old Trafford on April 29, 2018 in Manchester, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Musim ini anda boleh mendesak mereka untuk memenangi kejuaraan.

“Anda, saya rasa perlu berlaku adil dan sekarang perlu mendesak dan berkata pasukan dengan pelaburan yang mereka lakukan adalah pasukan dengan pelaburan yang bermula pada musim lepas.”

“Bukan sekadar pada musim ini tetapi musim lepas.”

Kata Mourinho, pelaburan besar mereka bermula pada Januari lalu apabila Liverpool membawa Virgil Van Dijk.

Sepatutnya kata beliau, hasil pelaburan itu sudah mendatangkan hasil kepada Liverpool.

“Pelaburan yang mereka lakukan pada Januari, yang anda semua tahu itu kemungkinan adalah rekod Premier League musim ini.”

“Saya tak nampak pasukan lain cuba untuk mendekati tahap pelaburan yang dilakukan oleh mereka. Mereka adalah pasukan yang beraksi di perlawanan akhir UEFA Champions League. Mereka adalah calon utama, mereka perlu menang.”

Gambar: Liverpool FC

Liverpool pada musim panas ini telah pun mendapatkan beberapa pemain seperti Fabinho, Xherdan Shaqiri, Alisson Becker dan juga berjaya menggunakan Naby Keita.

Naby Keita dibeli lebih awal namun hanya boleh digunakan pada musim ini menurut perjanjian yang dilakukan bersama RB Leipzig.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN