Mourinho Kutuk Kualiti Padang Rostov Kerana Keadaan Yang Terlalu Teruk

Jose Mourinho awal-awal lagi sudah meluahkan rasa kecewa terhadap fasiliti yang disediakan oleh pasukan yang bakal mereka lalui dalam aksi Europa League pagi nanti iaitu Rostov.

Beliau mengecam kualiti padang yang disediakan di stadium yang digunakan oleh kedua-dua pasukan menjelang aksi Europa League pagi nanti.

“Tak layak dipanggil padang”

Melihat kepada kualiti pada yang digunakan, Mourinho nyata kecewa dengan kualiti padang di Stadium Olimp-2 itu.

“Saya langsung tak percaya padang dengan rupa teruk macam itu akan digunakan. Saya rasa ia tak layak dipanggil padang pun.”

“Saya tak boleh bayang ada mana-mana pasukan yang sanggup main di padang seteruk itu.”

Walaupun Mourinho bengang, tetapi pihak UEFA tetap akan meneruskan perlawanan tersebut pada pagi nanti waktu Malaysia.

“Padang itu memang nampak teruk sedikit, tapi masih boleh digunakan untuk bermain,” kata UEFA.

Mourinho nyata pening kepala lepas melihat keadaan padang yang tidak begitu menarik itu.

Ia memberikan masalah besar kepada pengurus Manchester United itu dalam memilih barisan pemain yang bakal diturunkan dalam perlawanan menentang wakil dari Rusia itu.

Mourinho juga berasa tidak puas hati apabila pegawai UEFA seolah-olah tidak memberikan respon yang baik terhadap aduan beliau mengenai padang.

“Saya nampak pegawai UEFA, saya pergi kepadanya dan laporkan apa yang saya rasa mengenai padang.”

“Namun apa yang beliau cakap adalah, ‘semua pemain akan dijaga dengan baik, kalau ada apa-apa berlaku ia tak akan jadi masalah serius’.”

Baca juga: Skuad Negara Umum Senarai 23 Pemain, Pemain Perak Kuasai Senarai

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN