Mourinho Kecewa Manchester United Sekadar Raih Satu Mata

Kekalahan

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui kecewa dengan corak permainan anak buahnya ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Wolves di Old Trafford malam tadi.

Malah, beliau kehilangan kata-kata untuk menjelaskan bagaimana Manchester United terlepas tiga mata penting selepas sekadar meraih satu mata apabila diikat Wolves 1-1.

Namun begitu, bekas pengurus Real Madrid itu enggan menuding jari ke arah pemain semata-mata selepas sukar menembusi benteng pelawat yang jelas berdisiplin sepanjang 90 minit aksi itu.

“Mereka (Wolves) layak meraih mata di sini dan kami perlu menerima hakikat hanya mampu meraih satu mata saja di gelanggang sendiri.

“Saya lihat pemain lawan bermula baik, mereka menampilkan persembahan cukup agresif untuk memberi tekanan kepada kami. Malah, kesungguhan Wolves amat terserlah dalam aksi ini berbanding kami.

“Saya mengharapkan permainan yang lebih baik daripada jentera serangan pasukan. Jelas sekali kami buntu, tidak kreatif dan tidak dinamik,” katanya yang mengakui cukup hampa dengan keputusan itu.

United yang memulakan kempen Kumpulan H, Liga Juara-Juara Eropah dengan nota kemenangan menewaskan kelab Switzerland, Young Boys 0-3 bagaimanapun gagal meneruskan rentak sama dalam saingan liga domestik.

Meskipun bermula agak baik apabila mendahului menerusi jaringan Fred pada minit ke-18, kedudukan itu kemudian dipadamkan Joao Moutinho di babak kedua, untuk memastikan pelawat tidak pulang hampa pada kunjungan kali ini.

“Satu perkara yang jelas ialah kami menguasai perlawanan hampir 60 peratus, namun ketumpulan jentera serangan sekali lagi menghampakan.

“Deretan peluang gagal diterjemahkan ke bentuk jaringan dan akhirnya kami terpaksa menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan cuba bangkit dalam aksi berikutnya,” katanya.

Skuad The Red Devils kini berada di tangga keenam carta Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 10 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN