Quantcast

BERITA

Mourinho: “Kami Jaringkan 4 Gol Dan Seri 2-2, Arsenal ‘Diving’ Untuk Dapatkan 1 Mata”

Jose Mourinho memuji para pemain beliau yang berjiwa besar dalam perlawanan menentang Arsenal. Perlawanan berakhir 2-2.

Mourinho menganggap pasukannya menjaringkan kesemua 4 gol dalam perlawanan ini. Ini kerana 2 gol Arsenal adalah kerana kesilapan mereka sendiri. Salah satu daripadanya adalah jaringan sendiri oleh Marcos Rojo.

Selepas permulaan yang positif, Man. United dikejutkan dengan kesilapan De Gea yang terlepas bola daripada tangannya ketika cuba menangkap tandukan Mustafi.

Arsenal mendahului sekali mendahului selepas Marcos Rojo cuba menghadang Lacazette daripada menjaringkan gol. Rojo tertampan bola ke gawang sendiri. United dengan cepat memberikan respon dan menjaringkan gol kedua menerusi Jese Lingard.

Mourinho terpaksa melakukan penggiliran pemain terutama sekali di pertahanan kerana masalah kecergasan dan kecederaan. Diogo Dalot diberikan debut penuh dalam perlawanan ini manakala Rojo kembali pertama kali ke dalam pasukan selepas berehat panjang.

Mourinho bangga dengan semangat anak didiknya walaupun beliau sedikit kecewa dengan kesilapan ketika bertahan. Mourinho berkata: “Kami rasa kecewa dengan keputusan, kami rasa kecewa dengan beberapa kesilapan diri sendiri, kami kecewa dengan momen di mana memerlukan lebih kualiti daripada kami.”

“Namun kami patut gembira kerana semangat, kami patut gembira dengan usaha yang kami berikan, dinamik dan juga intensiti. Pasukan ini ada jiwa besar. Kami menjaringkan 4 gol dan seri 2-2. Walaupun perlawanan hari ini kami bermain baik namun kami selalu menembak diri sendiri.”

“Namun secara keseluruhannya, ianya persembahan yang baik. Saya tidak boleh komen tentang semua orang, terutama sekali momen di mana kami tak gembira dengan keputusan. Kita perlukan kegembiraan di atas padang.”

Mourinho memuji sumbangan Paul Pogba yang masuk daripada bangku simpanan. Pogba memberikan lebih kekuatan terutama sekali ketika menyerang. Seterusnya, Mourinho menganggap Arsenal banyak berlakon untuk melengahkan perlawanan bagi mendapatkan keputusan seri.

“Dalam babak akhir perlawanan ini, Arsenal cuma mahukan seri, mereka ‘diving’ dan berjaya membuatkan perlawanan dihentikan.”

Mourinho memuji ‘budak’ Dalot yang memberikan aksi cemerlang dalam perlawanan tersebut terutama sekali ketika menyerang. Seterusnya Mourinho menyatakan Anthony Martial masih dalam proses penilaian kecederaan.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!