Mourinho: “Saya Tidak Berminat Dengan James Rodriguez Kerana 4-3-3”

Jose Mourinho dikaitkan dengan James Rodriguez sejak hari pertama beliau di Manchester United. Selepas itu dalam 2 perpindahan terakhir, media melaporkan United gagal mendapatkan Rodriguez.

Namun hal itu dinafikan oleh Jose Mourinho yang merasakan pemain itu tidak boleh bermain dalam sistem 4-3-3.

Sebelum ini Matthias Sammer menyatakan ketidakyakinan beliau kepada James Rodriguez yang dianggap tidak ada versatiliti.

Komen tersebut dikeluarkan Sammer, sehari selepas James Rodriguez menyertai Bayern Munich secara pinjaman selama 2 tahun.

Musim lalu, Rodriguez hanya bermula dalam 13 perlawanan. Itupun kerana kecederaan panjang Gareth Bale. Zidane kemudian meletakkan Rodriguez dalam senarai untuk dijual.

Laporan media di England menyatakan, selain Lukaku, James Rodriguez ada dalam senarai yang diserahkan oleh Mourinho kepada Ed Woodward.

(Photo by fotopress/Getty Images)

Selain daripada Rodriguez, Antoine Griezmann dan Bernardo Silva juga dalam senarai itu. Bernardo Silva mengakui yang Manchester United berminat dengan beliau tetapi akhirnya memilih untuk ke sudut biru Manchester.

Griezmann pula mendedahkan, larangan perpindahan di Atletico membuatkan beliau terpaksa melupakan hasrat untuk keluar pada kali ini.

Mourinho membuka mulut tentang laporan yang menyatakan beliau hampir mendapatkan Rodriguez dalam jendela perpindahan musim panas yang lalu.

Mourinho berpendapat kapten Colombia itu tidak sesuai bermain sistem 4-3-3. Ini adalah sistem utama Manchester United.

Mourinho tidak nampak di mana James Rodriguez akan bermain dalam kesebelasan utama dengan kualiti pemain tengah yang beliau sedia miliki.

Real Madrid juga dilaporkan meminta £50 juta daripada Ed Woodward dan Manchester United untuk pemain tersebut. Namun Mourinho tidak berminat dengan James Rodriguez.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN