Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho berharap penyerang utama, Harry Kane yang cedera dapat kembali bersama pasukan sekurang-kurangnya untuk dua perlawanan terakhir pada penghujung musim ini.
Kapten England tersebut terpaksa menjalani pembedahan untuk memulihkan otot di pahanya sewaktu Spurs tewas kepada Southampton semasa hari tahun baru Januari lepas.
Namun beliau dijangka akan cergas sepenuhnya pada April iaitu dua belum sebelum Euro 2020 bermula.
Jose Mourinho has admitted it will not be easy to play in three competitions "without a striker" after failing to land cover for Harry Kane in the January window. #THFC pic.twitter.com/qBwOaD1hUh
— Talking THFC (@TalkingTHFC) January 31, 2020
“Setakat ini [rawatan] semuanya lancar dan pemulihannya mengikut jadual. Tiada apa-apa yang teruk berlaku dan segalanya OK. Dia sedang menjalani rawatan dengan sempurna,” kata Mourinho kepada BBC.
Apabila ditanya sama ada Kane akan sempat untuk beraksi semula musim ini, Mourinho mengatakan Spurs sememangnya mempunyai perlawanan penting pada penghujung musim ini bertemu Leicester City pada 9 May.
“Mungkin kami memerlukan beliau untuk perlawanan tersebut untuk memperbaiki kedudukan, mungkin tempat keempat, kelima atau keenam,” ujar Mourinho yang kini pasukannya di tangga kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL).
Mourinho menambah, beliau tidak mahu memberi sebarang tekanan untuk Kane segara kembali sekalipun Spurs ketika ini juga masih bersaing dalam kempen Piala FA Inggeris. Mereka juga mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah dan akan berdepan RB Leipzig dalam perlawanan seterusnya.
#thfc manager José Mourinho on Harry Kane's return from injury: "The Leicester match. Maybe we need that match for something – to be fourth, to be fifth, to be sixth. Maybe we need that match for something and maybe he can help us in this match. I hope." | @StandardSport pic.twitter.com/u7r5SuKPiB
— Daily Hotspur (@Daily_Hotspur) February 4, 2020
“Saya harap dia [Kane] boleh membantu kami dalam perlawanan tersebut. Tetapi mungkin lebih baik untuk tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi atau memberi tekanan kepadanya. Jadi kita tunggu dan lihat.”
Kem Spurs mendapat berita baik menjelang pertemuan dengan Southampton untuk pusingan keempat Piala FA apabila Dele Alli yang dicederakan oleh Raheem Sterling dalam perlawanan EPL lepas dijangkan akan dapat beraksi.