Laporan beberapa akhbar sejak beberapa hari ini menyatakan yang Galatasaray berpeluang cerah untuk mendapatkan Fellaini daripada Manchester United.
Mereka dilaporkan sudah menghantar delegasi ke Manchester untuk membincangkan perpindahan Fellaini. Namun Jose Mourinho segera memberitahu yang pemain itu bukan untuk dijual.
Mourinho mahukan Fellaini untuk kekal di Old Trafford pada musim hadapan. Ini sekaligus menamatkan perjaungan Galatasaray yang bersungguh-sungguh mahukan Fellaini menyertai kelab Turki tersebut.
Mourinho memberitahu wartawan:
“Fellaini terlalu penting bagi kami. Dia akan kekal di sini.”
“Ianya begini, jauh lebih mudah untuk Galatasaray mendapatkan saya berbanding dengan Fellaini. Jadi, tiada peluang untuk mereka mendapatkan Fellaini.”
Musim lalu Fellaini menjadi antara watak penting dalam taktikal Mourinho. Beliau kerap menjadi plan B untuk United bermain bola tinggi.
Fellaini beberapa kali dijadikan penyerang tambahan di dalam kotak penalti. Etika dan kesungguhan pemain ini antara aspek yang sangat disenangi oleh Mourinho.
Fellaini menjadi antara pemain yang cemerlang di dalam pra-musim United kali ini. Maka agak mengejutkan untuk mendengar laporan beberapa media yang menyatakan pemain ini tiada dalam perancangan Mourinho.
Ada yang berpendapat, United akan cuba sedaya upaya mendapatkan Matic. Ini petanda Fellaini boleh mencari kelab lain pada musim akan datang.
Penjelasan Mourinho semalam menjawab segala-galanya. Fellaini akan kekal di Old Trafford pada musim hadapan!