Mourinho: “Chelsea Tak Layak Menang Sebenarnya”

Jaringan penalti daripada Eden Hazard pada minit ke 22 memusnahkan harapan Manchester United untuk meraih kejuaraan Piala FA apabila tewas 0-1 kepada Chelsea di perlawanan akhir awal pagi tadi.

Kekalahan itu memastikan musim kedua pengurus MU, Jose Mourinho di Old Trafford berakhir tanpa trofi.

United melalui musim Liga Perdana jauh lebih baik berbanding Chelsea ketika skuad kendalian Conte gagal ke Liga Juara-Juara apabila menamatkan saingan di tangga kelima setahun selepas bergelar juara.

Walaupun menamatkan saingan di tangga kedua liga di belakang Manchester City, pendekatan Mourinho banyak dikritik musim ini kerana kurang sentuhan dan permainan menarik seperti ditunjukkan City dan finalis Liga Juara-Juara, Liverpool.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Malah, Mourinho dilihat tidak berpuas hati dengan kemenangan Chelsea dan menyifatkan skuad kendalian Antonio Conte itu sebenarnya tidak layak menang.

“Saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana mereka menang tetapi saya tidak rasa mereka berhak menang.

“Sebagai pengurus Manchester United, saya perlu menghormati majikan saya bukan kerana mereka itu merupakan kelab lama saya tetapi mereka ialah lawan kami hari ini. Saya fikir kami sepatutnya yang jadi pemenang dan kami merupakan pasukan terbaik. Tetapi inilah bolasepak.

“Saya curiga untuk membaca hari ini dan esok, untuk melihat, mendengar pendapat anda (media).” kata Mourinho seperti dipetik dalam BBC Sports.

Mourinho dan Conte sering bertelagah sejak pengendali Chelsea itu tiba di England dua tahun lalu.

Namun secara taktikal mereka kelihatan sama walaupun Mourinho mengkritiknya, kekuatan pertahanan Chelsea mendapat inspirasi daripada organisasi baik Conte dan ia dilakukan Mourinho ketika meraih banyak trofi dalam kariernya.

Mourinho juga menyatakan pada malam sebelum perlawanan bahawa dia tidak faham apa dikatakan media mengenai “menghiburkan.”

Sementara itu, Antonio Conte yang merangkul trofi kedua selepas dua tahun tugasnya bersama The Blues berharap kemenangan ini cukup untuk meyakinkan pemilik Chelsea, Roman Abramovich untuk tidak memecatnya selepas skuadnya menamatkan Liga Perdana di kedudukan kelima dan gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.

“Selepas dua tahun, kelab ini mengenali saya dengan sangat baik, jika mereka ingin terus bekerja dengan saya, mereka mengenali saya. Saya tidak boleh berubah, cara saya sentiasa sama, kerja keras dan membina mentaliti yang kuat dengan pemain saya.

“Saya tidak boleh berubah, saya fikir apa yang saya katakan sebelum ini sangat jelas sebagai pemain dan sebagai pengurus.

“Anda boleh katakan apa yang anda mahu, tapi saya pemenang bersiri. Saya membuktikannya di England, dalam saat sukar buat kelab.

“Saya membuktikannya hari ini, kerana kami menemui jalan yang betul untuk memenangi trofi. Ia adalah satu saat yang anda mempunyai banyak persoalan mengenai diri sendiri,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN