Mourinho Bimbang Pemain Utama Tidak Sertai Latihan Pramusim

Ketiadaan beberapa pemain utama di kem latihan pramusim pasukan Manchester United membuatkan pengurus skuad itu, Jose Mourinho bimbang ketika pasukannya dalam jelajah pramusim di Amerika.

Pengendali kelahiran Portugal itu menyifatkan situasi berkenaan sebagai ‘amat buruk’ sebelum memulakan kempen baru Liga Perdana Inggeris (EPL).

United kehilangan beberapa pemainnya yang beraksi di Piala Dunia antaranya tonggak Perancis, Paul Pogba, penyerang Belgium, Romelu Lukaku, Marouane Fellaini dan dua pemain England, Jesse Lingard dan Marcus Rashford.

Penyerang Chile, Alexis Sanchez turut tidak menyertai pasukan susulan masalah visa.

“Pramusim amat buruk, perkara yang positif mengenai pramusim kali ini adalah pemain-pemain muda mempunyai peluang yang menakjubkan untuk berlatih bersama kami,” kata Mourinho.

“Saya bimbang kerana saya tidak berlatih (dengan semua orang) dan kemudian pergi ke EPL tanpa ramai pemain, tetapi itulah yang berlaku dan kami perlu cuba dan memanfaatkan sebaiknya pemain yang kami ada di sini.

“Saya tidak bimbang mengenai perlawanan menentang Liverpool di sini atau Real Madrid atau AC Milan… Saya tidak bimbang jika kami tewas dengan teruk.”

United akan mengharungi dua perlawanan persahabatan dimulakan dengan aksi menentang Club America, esok sebelum mengharungi kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa yang bermula minggu depan bertemu Liverpool, Real dan Milan.

Selain itu, skuad itu turut dijadual bertemu juara Jerman, Bayern Munich pada 5 Ogos sebelum membuka tirai EPL menentang Leicester City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN