Jose Mourinho masih tidak mahu beralah dengan label pasukan ultra-defensif untuk Chelsea. Dalam sidang media terbaru beliau, Mourinho turut membuat kenyataan yang sama.
Beliau masih merasakan Chelsea adalah pasukan yang sit back and counter attacking football.
Jose Mourinho menyifatkan pasukan Chelsea miliki segala kelebihan pada perlawanan Ahad ini. Ini kerana Chelsea ada satu minggu yang cukup untuk persediaan perlawanan tersebut.
Mourinho berkata:
“Pertama sekali, ada beberapa pemain Chelsea berada dalam keadaan sangat cergas, manakala ada beberapa pemain Manchester United pula yang masih keletihan.”
“Aspek kecergasan sangat penting dalam bola sepak. Namun, ia bukan bermakna kita boleh menafikan kenapa mereka berada di puncak liga. Mereka di puncak liga bukan kerana mereka cergas sahaja.”
Cergas di sini, Mourinho merujuk kepada pasukan Chelsea yang tidak ada komitmen kepada bola sepak Eropah.
“Mereka di puncak liga kerana mereka ada kualiti individu dan kualiti secara kolektif.”
“Mereka memiliki corak permainan mereka tersendiri, dan mereka berpegang kepadanya. Mereka juga melakukannya dengan baik.”
“Tidak semua pasukan mampu bertahan dengan 11 pemain, dan mereka boleh bertahan dengan 11 pemain.”
“Tidak semua pasukan begitu objektif dalam serangan balas mereka. Mereka sangat objektif di dalam serangan balas.”
“Mereka juga mempunyai pemain individu yang boleh menyelesaikan masalah dalam konteks dalam perlawanan. Oleh itu, mereka adalah pasukan yang kuat.”
Jose Mourinho meyifatkan perlawanan Ahad ini sebagai perlawanan pasukan yang sedang keletihan berahadapan dengan pasukan yang sedang melarikan kejuaraan liga daripada pencabar yang lain.
Mourinho juga memberitahu situasi semasa Juan Mata. Perancang Sepanyol itu dijangka hanya akan cergas pada Mei ini.
Dalam 2 pertemuan Chelsea dan Manchester United musim ini dalam semua pertandingan, Chelsea menang kedua-duanya.
Baca juga: Statistik: 5 Penjaring Terbanyak EPL Dari Brazil Setakat Ini