Mourinho Berang Ada Pemainnya Tak Tunjuk Komitmen Di Europa League

Jose Mourinho

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengatakan yang beliau tidak berpuas hati dengan sesetengah pemainnya di atas komitmen yang diberikan untuk tugasan Europa League (UEL).

Tottenham berjaya ke peringkat seterusnya selepas berjaya mengutip satu mata menentang LASK menerusi keputusan 3-3.

Hasil daripada keputusan itu, Mourinho mengatakan ada sesetengah pemainnya yang tidak begitu berminat dalam menunjukkan aksi terbaik, barangkali kerana ianya perlawanan UEL.

“Aksi peringkat kumpulan Europa League ini ada yang tidak menaikkan semangat sesetengah pemain, saya tahu itu.”

Keadaan itu jelas sekali mengecewakan Mourinho kerana sesetengah pemain di dalam skuadnya adalah kunci kepada kejayaannya di atas padang.

Oleh itu, sekiranya mereka tidak bersemangat ketika beraksi, ianya jelas sekali menganggu usaha mereka untuk mendapatkan tiga mata.

“Ada pemain merupakan pemain yang cukup penting dan saya perlukan seperti Son Heung-min dan Pierre-Emile Hojbjerg. Adanya mereka saya mampu mendapatkan keputusan yang positif.”

“Hal ini kerana terdapat sesetengah pemain yang saya perlukan setiap masa dalam apa jua keadaan, ia memberikan keseimbangan kepada pasukan,” katanya menerusi Sky Sports.

Tottenham seri 3-3 dengan LASK menerusi gol daripada Son, Gareth Bale dan Dele Alli.

Keputusan semalam mengesahkan tempat mereka ke pusingan seterusnya walaupun berada di tangga kedua di belakang wakil Belgium, Antwerp dengan berbaki satu perlawanan.

Mereka akan bertemu Arsenal dalam aksi Pertembungan London Utara hujung minggu ini.

Baca juga artikel kami mengenai Jose Mourinho:

Jose Mourinho Sedar Kesilapan Sendiri, Mahu Dirinya Dipersalahkan

Jose Mourinho: West Ham Bernasib Baik Kerana Mental Kami Lemah

Jose Mourinho: Saya Bersimpati Dengan Nasib Ole

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN