Mourinho Anggap Manchester United Tidak Bersedia Untuk Bola Sepak Moden

Melalui penampilan pertama sejak dipecat oleh Manchester United, Jose Mourinho mempertahankan cara beliau mengendalikan sesebuah pasukan sambil menyifatkan Manchester United merupakan sebuah kelab bola sepak yang tidak mempunyai struktur yang betul untuk bersaing di era bola sepak moden.

Mourinho percaya perkara itu menjadi teruk kerana kuasa yang ada pada pemain untuk mempengaruhi pasukan.

Saya tidak gila

Tampil sebagai penganalisis di beIN Sports, Mourinho turut mengambil kesempatan untuk mendedahkan apa yang berlaku ketika beliau bergelar pengurus di Old Trafford.

Salah satu kenyataan Mourinho yang sering dipersoalkan ramai ialah apabila beliau pernah berkata ‘pencapaian tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL)’ adalah salah satu pencapaian terbaik sepanjang karier di bidang pengurusan.

Mourinho menjelaskan kenyataan tersebut adalah benar jika semua pihak mengetahui apakah yang berlaku di sebalik tabir di Old Trafford.

“Ramai mungkin berkata: ‘Dia ni dah gila. Dia sudah memenangi 25 trofi tetapi medakwa tempat kedua bersama United sebagai pencapaian terbaik,” ujar Mourinho.

“Saya sentiasa mengulangi kenyataan tersebut kerana hakikatnya anda tidak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir di Manchester United.”

Tiada sokongan

Mourinho kemudiannya menjelaskan sejak tiba di Old Trafford, beliau tidak diberikan persekitaran dan sokongan yang diperlukan untuk berjaya.

“Kita pada hari ini tidak lagi berada di era di mana jurulatih mempunyai kuasa untuk menentukan segala-galanya. Jurulatih hari ini memerlukan struktur dan memerlukan kelab memiliki bentuk organisasi tertentu untuk bekerja.

“Kelab [Manchester United] memerlukan seorang pemilik atau presiden, seorang CEO atau Pengarah Eksekutif, kemudian seorang Pengarah Sukan, bahaulah kepada pengurus.

“Inilah struktur yang dimaksudkan untuk menyelesaikan segala permasalahan di bola sepak moden. Sesebuah kelab perlu mempunyai organisasi yang baik untuk menyelesaikan pelbagai masalah lain, dan biarlah pengurus sekadar menjadi seorang pengurus dan bukan menjadi individu yang bertanggungjawab untuk mendisiplinkan serta mendidik pemain.”

Mourinho tembak Pogba?

Manchester United adalah satu-satunya kelab utama di England yang tidak memiliki jawatan Pengarah Sukan, dan kini dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa calon untuk jawatan tersebut.

“Sir Alex pernah berkata jika ada pemain menjadi lebih penting daripada kelab, maka selamat tinggal lah,” sambung Mourinho.

“Tugas sebenar pengurus atau jurulatih ialah untuk melatih pemain. Bukan untuk mendisiplinkan pemain dengan pelbagai cara.

(Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

“Anda harus mempunyai struktur untuk melindungi pengurus, dan untuk memastikan segala perkara mengikut aturan – supaya tidak ada pemain datang kelab ini dan merasakan diri mereka lebih berkuasa dari yang sepatutnya.

“Apa yang baik kita lakukan kepada pemain bukan lagi menjadi tajuk akhbar pada hari ini. Di dalam bola sepak moden, apabila anda mempunyai masalah, perkara itu akan dijadikan berita utama.”

Komen Mourinho seperti di atas mungkin ditujukan oleh beliau kepada Paul Pogba yang dilaporkan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pengendali dari Portugal itu sejak pertengahan musim lalu.

Ingin terus bekerja

Mourinho juga bertanggapan mustahil untuk beliau berjaya dan bersaing dengan Pep Guardiola di Manchester City kerana beliau tidak diberikan segala keperluan seperti apa yang diperolehi oleh Guardiola di kelab jiran United itu.

Bagaimana pun Mourinho terus mahu bekerja bersama mana-mana kelab besar selepas ini dan menyifatkan usia beliau masih terlalu muda untuk memikirkan persaraan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN