Biarpun England tewas 0-2 kepada Belgium dalam aksi tempat ketiga Piala Dunia malam tadi, namun bagi pengendali Manchester United, Jose Mourinho menyifatkan mereka tidak pulang dengan tangan kosong.
Skuad kendalian Gareth Southgate itu melepasi jangkaan ramai pihak dengan kejayaan mara ke separuh akhir kejohanan di Russia.
I liked a @YouTube video https://t.co/9WiGevuB02 'Belgium deserves to be third': Mourinho on Belgium's World Cup win over England
— Peter Pocklington (@prpocklington) July 15, 2018
Meskipun mereka pulang ke tanah air dengan dua kekalahan berturut-turut, Mourinho yakin mereka memiliki masa depan cerah.
“Apa yang jelas, England membawa pulang pasukan yang memiliki masa depan,” kata pengurus Manchester United itu.
“Anda boleh merasakan bahawa hubungan antara Gareth Southgate, Steve (Holland, penolong pengurus) dan pemain sangat baik.
“Mereka memiliki asas yang baik untuk meneruskan pasukan ini. Biasanya England dan pasukan lain bila mereka tidak mencapai objektif, mereka akan tukar tapi saya fikir England memiliki semua alasan untuk melakukannya dan memberi peluang untuk meneruskan proses dengan penuh keyakinan.
“Ada tiga atau empat pemain yang tidak akan bersama pada generasi seterusnya dan boleh digantikan dengan pemain lain yang berbakat dalam Liga Perdana. Pasukan ini ada masa depan yang sangat baik.
“Saya fikir pada Piala Dunia yang akan datang, England memiliki skuad yang lebih baik.”
England terlepas kedudukan ketiga selepas jaringan Thomas Meunier dan Eden Hazard memberikan Belgium kemenangan di St Petersburg.
“Saya berharap kekecewaan mereka pada dua perlawanan terakhir tidak akan memberi kesan. Saya fikir pasukan ini tidak akan kemana selepas Euro 2016 namun sebaliknya berlaku sekarang.
“England memiliki penjaga gol, penyerang, pemain tengah dan ini adalah asas untuk masa depan yang cerah. Untuk Croatia ia mungkin Piala Dunia terakhir buat Luka Modric dan untuk Cristiano Ronaldo bersama Portugal, dia sudah berusia 33 tahun dan akan berusia 37 tahun pada Piala Dunia seterusnya.
“Bagi England, mereka tidak berdepan situasi ini. Pemain mereka berpeluang untuk menjadi lebih baik,” kata Mourinho.
Fresh from their summer breaks, @McTominay10 and @ChrisSmalling discuss pre-season training and our upcoming #MUTOUR. pic.twitter.com/LlOzmotNU6
— Manchester United (@ManUtd) July 14, 2018
Mengulas mengenai persiapan pasukan Manchester United bagi menghadapi musim baharu Liga Perdana Inggeris, Jose Mourinho berkata beliau akan merehatkan beberapa pemain skuad Piala Dunia dalam perlawanan pembukaan.
“Kami tidak boleh memulakan Liga Perdana dengan pemain-pemain yang beraksi di Piala Dunia, ia sesuatu yang amat mengecewakan terutama kelab yang beraksi di Eropah,” kata Mourinho.
Paul Pogba, Nemanja Matic, Marcus Rashford, Jesse Lingard, Marouane Fellaini dan David De Gea antara tonggak United yang beraksi untuk negara masing-masing di Russia.
Kata Mourinho, dia merancang untuk memberikan rehat selama tiga minggu untuk pemain yang beraksi di Russia selepas kejohanan menutup tirainya bagi memberi mereka peluang untuk kembali cergas sepenuhnya sebelum menyarung jersi United.
“Tiga minggu (rehat), sesuatu yang saya fikir adalah minimum untuk badan dan mental mereka perlukan, tempoh minimum untuk mereka kembali dan berfikir mengenai bola sepak sekali lagi,” kata pengurus kelahiran Portugal itu.
“Untuk menyenaraikan mereka sebelum itu adalah seperti, ‘OK, saya akan menurunkan kamu untuk perlawanan pertama musim ini tetapi mungkin saya tidak akan dapat menggunakan kamu untuk tiga atau empat bulan selepas itu.”
Kenyataan Mourinho turut memberi petanda betapa peminat di luar England mungkin tidak akan dapat melihat kelibat pemain pujaan mereka ketika kempen pra-musim kelab itu.