Mourinho Akui Manchester City Layak Bergelar Juara Liga

Jose Mourinho

Kejayaan Manchester City memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) mendapat pujian menggunung daripada pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Walaubagaimanapun, beliau tetap mengecam pasukannya yang mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada West Bromwich Albion semalam.

Bagi membolehkan City dimahkotakan kejuaraan dalam tempoh beberapa hari lagi, United perlu mengelakkan kekalahan menentang kelab tercorot, West Brom dalam perlawanan di Old Trafford.

Tetapi tandukan Jay Rodriguez pada minit ke-73 mengejutkan ramai, bagi memastikan kemenangan kelab itu selepas mereka datang ke Old Trafford dengan rekod kekalahan sembilan daripada 10 perlawanan sebelum ini.

Kekalahan itu adalah ironi memandangkan United yang ketinggalan 2-0 dalam perlawanan menentang City pada hujung minggu lalu kemudian memastikan kemenangan 3-2, namun kemudiannya tewas mudah di laman sendiri.

Mourinho mengatakan dia tidak gembira selepas keputusan menentang City kerana dia tahu mereka boleh memenangi liga dan mendakwa beberapa pemainnya terlalu terikut-ikut emosi sebelum ini.

“Saya tak tahu jika saya adalah yang pertama atau kedua atau ketiga tetapi saya akan mengucapkan tahniah secara berdepan apabila berkesempatan,” kata Mourinho.

“Saya tahu lambat atau cepat yang mereka akan (menjadi juara) dan jika saya berada dalam kedudukan mereka, saya akan sangat sedih jika seseorang berkata mereka memenangi gelaran kerana Manchester United tewas kepada West Brom.

“Mereka menang kerana mereka adalah pasukan terbaik, dengan kehilangan beberapa mata saja. Kemungkinan kerana saya memenangi lapan kejuaraan, saya tidak terlalu gembira dengan kejayaan menentang mereka.” katanya.

United menjaringkan 30 gol kurang berbanding City pada musim ini dan Mourinho belum dapat menyatukan pemain kelabnya biarpun mendapatkan beberapa pemain berbakat seperti Marcus Rashford, Jesse Lingard dan Anthony Martial.

Mourinho bagaimanapun tidak menyatakan kelemahan permainan yang konsisten terhadap skuadnya tetapi bekas pengurus Chelsea itu percaya dia mampu membawa United ke puncak Liga Perdana Inggeris.

“Saya yakin terhadap kerjaya saya, itu sudah pasti – saya tidak mempunyai alasan untuk tidak mempercayainya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN