Morales, Endrick, Careca Calon Pemain Naturalisasi

Skuad Harimau Malaya kini sudah pun memiliki dua pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh dari Gambia serta pemain kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi yang baru sahaja mendapat kewarganeraan Malaysia beberapa hari lalu.

Merujuk laporan Berita Harian, bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berpendapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memantau beberapa pemain import lain yang sedang beraksi di Liga Malaysia yang berpotensi untuk diserap sebagai pemain naturalisasi.

Antara pemain pilihan Jamal adalah pemain tengah Melaka United, Romel Morales Ramirez, Pemain Pulau Pinang Endrick Dos Santos Parafita serta penyerang Perak, Raianderson da Costa Morais atau lebih dikenali sebagai Careca.

Endrick dos Santos Pulau Pinang 2020 latihan
Kredit Foto: FA Penang

Menurut Jamal, tiga pemain tersebut dipilih atas faktor umur mereka yang masih muda dan ianya menepati kriteria untuk dinaturalisasikan apabila mereka sudah cukup lima tahun beraksi di Malaysia. Morales kini baru berusia 22 tahun, manakala Endrick dan Careca pula masing-masing berusia 24 dan 25 tahun.

Moreles kini masuk tahun ketiganya di Malaysia selepas beraksi untuk PKNS FC selama dua musim. Bersama The Red Ants, beliau membuat 43 penampilan dan menjaringkan 10 gol.

Endrick pula mula beraksi di negara ini pada 2018 selepas menyertai Felcra FC sebelum diikat Selangor pada musim lepas. Manakala Careca pula baru setahun di negara ini selepas beraksi bersama Perak.

Perak

Sebelum ini Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM telah pun mula memantau Morales selepas menampilkan persembahan cemerlang bersama PKNS FC.

Bagaimanapun, semua pemain yang disenaraikan ini perlu melengkapkan tempoh lima tahun untuk membolehkan mereka dinilai secara rapi oleh pihak FAM kerana prestasi sepanjang tempoh tersebut menjadi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) sebelum diterima sebagai pemain naturalisasi.

Kredit Foto: Melaka United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN