Morais Mahu Pastikan JDT Sentiasa Berada Di Tangga Teratas Liga Super

Semalam juara Liga Super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali memimpin kedudukan carta Liga Super musim ini apabila mudah menewaskan Melaka United 3-0 di Stadium Larkin.

Pengendali skuad Harimau Selatan, Ulisses Morais memuji prestasi pemainnya ketika separuh masa pertama dan menyifatkan anak buahnya melakukan tugas dengan baik.

“Memang benar prestasi para pemain Johor Darul Ta’zim pada separuh masa pertama adalah amat baik, namun agak merundum pada separuh masa kedua.

“Seperti yang anda lihat, kami berjaya menguasai bola dan mempunyai banyak peluang jaringan pada separuh masa pertama. Kami juga tahu bahawa para pemain telah melakukan tugas mereka dengan amat baik.

“Meskipun kami berjaya menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama, perlawanan tersebut belum berakhir bagi kami. Pada separuh masa kedua, kami perlu bersedia untuk serangan balas dari pasukan Melaka,” katanya melalui laman facebook JOHOR Southern Tigers.

Menurut Morais, beliau terpaksa melakukan beberapa pertukaran kerana mahu memastikan fizikal pemain dalam keadaan terbaik untuk perlawanan yang seterusnya.

“Kami perlu memikirkan keadaan fizikal para pemain dan pertukaran pemain dilakukan kerana kami juga perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya beberapa hari lagi.

“Walaubagaimanapun apa yang paling penting adalah kami berjaya mendapatkan tiga mata berharga pada malam ini.

“Mengenai pertukaran pemain, sewaktu persiapan untuk perlawanan ini, barisan kejurulatihan telah memberitahu kepada Marcos bahawa keadaan beliau tidak membenarkan beliau bermain selama 90 minit buat masa ini.

“Kami juga perlu merehatkan Safiq Rahim kerana beliau telah menerima kad kuning. Selepas mengeluarkan Safiq, kami juga perlu mengeluarkan Cabrera kerana keadaan fizikal beliau yang agak kurang baik. Beliau juga merupakan antara pemain yang kami perlu pantau,” jelasnya.

Kemenangan ke atas Melaka United telah memastikan JDT kini menduduki tangga teratas Liga Super apabila mengumpulkan 9 mata selepas 4 perlawanan setakat ini.

“Sudah semestinya kami di JDT mahu sentiasa menjadi yang paling atas di dalam carta liga. Namun buat masa ini kami merasakan ia masih terlalu awal.

“Apa yang perlu kami lakukan adalah berjuang dan memenangi setiap perlawanan supaya kami sentiasa mendapat tiga mata tersebut. Malam ini sekali lagi merupakan malam yang indah bagi kami apabila berjaya berada di kedudukan teratas.

“Saya sangat menghargai sokongan para penyokong yang hadir pada malam ini.

“Kemenangan malam ini saya dedikasikan kepada semua para penyokong kami kerana mereka telah memberi kekuatan kepada pasukan.

“Saya juga dedikasikan kemenangan ini kepada DYAM Tunku Mahkota Johor. Saya telah berpengalaman menjadi ketua jurulatih selama 25 tahun dan baginda merupakan presiden terbaik yang pernah saya lihat,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN