Morais: “Inilah Bola Sepak, Tetapi Perkara Sebegini Hanya Boleh Berlaku Sekali Setahun”

Ulisses Morais tidak menyalahkan pemain beliau dalam kekalahan mengejut menentang pasukan di tangga tercorot Kuala Lumpur.

Bagi Morais, inilah bola sepak dan ia sudah menjadi warna di dalam sukan no.1 di dunia ini. Beliau menjelaskan yang anak-anak buah beliau sudah melakukn apa yang termampu namun masih gagal untuk menang.

“Kami sudah lakukan semua yang terbaik dalam perlawanan ini. Kami mengawal bola hampir 85 peratus perlawanan dan mendapat berpuluh-puluh peluang di hadapan pintu gol. Tetapi kami tidak dapat menjaringkan satu gol sekalipun.”

“Inilah bola sepak, ada hari bagus dan ada hari tidak bagus. Dalam bola sepak jikalau kami tidak menjaringkan gol, pihak lawan yang akan jaringkan gol.”

Beliau juga menyifatkan yang semalam bukan hari yang bagus untuk pasukan JDT. Namun ada hikmah di sebalik kekalahan ini, mereka tewas pada awal musim dan ia boleh menjadi loceng penggera untuk membangunkan mereka yang dibuai dengan prestasi cemerlang dan status pasukan pilihan dalam setiap perlawanan.

“Dalam bola sepak jika mahukan kemenangan, anda mesti menjaringkan gol. Dan hari ini adalah hari tidak bagus buat kami tetapi kami bernasib baik hari yang tidak bagus ini hadir pada awal musim, bukannya datang pada penghujung musim.”

“Jikalau dilihat pada sejarah JDT, selalunya tiga perlawanan pertama kebiasannya memang seperti ini. Jikalau hendak lihat yang betul, tunggulah nanti.”

Beliau juga optimis, apa yang dilalui JDT pada semalam tidak akan berulang lagi dan kebiasaannya, hanya akan berlaku sekali sahaja dalam semusim. Di mana pasukan yang mencipta deretan peluang gol gagal menjaringkan walaupun 1 gol.

Guilherme de Paula membuat percubaan pada minit ke-2 perlawanan sambil cuba dihalang oleh Marcos Antonio (Kredit: Kuala Lumpur Hawks)

“Walau apa sekalipun, perkara seperti ini boleh terjadi satu tahun sekali sahaja. Saya tidak percaya perkara seperti ini boleh terjadi dua tiga kali dalam setahun apabila ada berpuluh-puluh peluang di hadapan gol namun satu pun tidak boleh masuk. Ia hanya sekali dalam setahun.”

Akhir sekali, Ulisses Morais berjanji yang beliau dan anak-anak buah beliau akan cuba memperbaiki kesilapan mereka.

“Kami akan memperbaiki kesilapan ini, dan cuba yang terbaik untuk sepanjang musim ini. Tetapi walau macam mana pun, saya belum mahu menekan butang panik, kami perlu memperbaiki beberapa kesilapan.”

“Jikalau diteliti keseluruhan perlawanan ini, kami menyerang dan kami mengawal perlawanan tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol. Itulah perkara itu yang kami kena perbaiki.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN