Morais Anggap Tugas JDT Masih Belum Berakhir

JDT mencatat kemenangan bergaya apabila menewaskan Perak 3-0 pada perlawanan separuh akhir 2 Piala Malaysia di Stadium Larkin malam tadi. Mereka menang dengan agregat 4-1.

Kemenangan itu memastikan JDT menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu pasukan Kedah di Stadium Shah Alam pada 4 November depan. Namun begitu, Morais anggap Perak merupakan lawan yang sukar dan merupakan yang hebat.

“Apa yang boleh saya katakan mengenai perlawanan bertemu Perak pada malam tadi adalah kami perlu sentiasa mempertahankan bola dari pihak lawan.

“Kami sedar bahawa ia merupakan satu lagi perlawanan yang sukar selepas perlawanan pusingan pertama di Perak baru-baru ini dan saya akui mereka sememangnya adalah sebuah pasukan yang hebat,” katanya melalui laman facebook rasmi Johor Southern Tiger.

Morais juga gembira strateginya menjadi dan berjaya memerangkap Perak sehingga menghasilkan 3 gol di separuh masa kedua melalui jaringan Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook

“Strategi kami pada separuh masa pertama adalah untuk sentiasa menguasai bola kerana kami tahu dengan permainan seperti itu kami mampu mencipta banyak peluang jaringan.

“Ia terbukti di separuh masa pertama dan kami dapat melihat perbezaan corak permainan pasukan lawan. Oleh kerana itu, amat penting bagi kami untuk menguasai bola sebanyak mungkin.

“Kami menanti serangan balas daripada pasukan Perak, kerana jika mereka melakukan serangan balas, ia akan memberi kami peluang untuk bermain sepertimana yang kami mahukan. Namun begitu, kami tidak boleh leka kerana mereka akan mengambil peluang tersebut,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Morais anggap tugas JDT masih belum berakhir dan mereka perlu hadapi satu lagi perlawanan yang sukar sebelum tirai Liga Malaysia musim 2017 ditutup sepenuhnya. Mereka akan bertemu finalist Piala Malaysia 2017, Kedah di perlawanan terakhir Liga Super sabtu ini.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook

“Kami juga sedar bahawa kami tidak boleh tertumpu kepada hanya satu perlawanan sahaja. Kami akan tetap membariskan kesebelasan terbaik untuk menghadapi pasukan Kedah dalam saingan Liga Super terakhir pada minggu hadapan.

“Kami akan menumpukan perhatian kepada perlawanan bertemu Kedah terlebih dahulu, dan kemudian barulah memberikan tumpuan kepada peringkat akhir Piala Malaysia.

“Hal ini adalah kerana kami sentiasa mahukan kemenangan. Kami tidak mempunyai terlalu banyak masa, iaitu hanya kurang dua minggu sahaja untuk kami beraksi di peringkat akhir Piala Malaysia,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN