Mora Mengaku Sedih Diatas Kekalahan JDT, Anggap Pemain Telah Beri Yang Terbaik

Tewaskan JDT semalam dalam saingan Piala AFC telah meranapkan impian pasukan tersebut untuk terus maju dalam kejohanan ini.

Jurulatih mereka iaitu Benjamin Mora menyifatkan anak-anak buah beliau telah beraksi dengan sehabis baik namun mereka dikecewakan dengan jaringan pada minit akhir permainan.

Menerusi laman JOHOR Southern Tigers, Mora mengakui Ceres Negros juga adalah pasukan yang hebat dan sentiasa bersungguh mendapatkan keputusan terbaik.

Ceres Negros merupakan sebuah pasukan yang bagus, mereka mempunyai pemain yang bagus dan mereka juga telah berjuang bersungguh-sungguh.”

Ia sebuah perlawanan yang sangat bagus.”

Namun begitu, Mora tetap berasa sedih kerana pasukan beliau dikecewakan oleh pasukan lawan pada minit-minit akhir.

Namun begitu, saya tetap berasa sedih kerana semestinya kami mahukan kemenangan.”

Apabila anda kalah di minit terakhir iaitu di minit ke-92, bagi saya ia sangat menyakitkan kerana kami telah begitu hampir dengan kemenangan.”

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Usaha dipuji

Walaupun sedih dengan kekalahan yang berlaku, namun Mora tetap memuji usaha yang ditunjukkan oleh para pemainnya.

Beliau sedikit pun tidak menyalahkan mana-mana pemain yang beraksi semalam.

Saya ingin memberitahu anda bahawa pasukan kami bekerja sebagai sebuah kumpulan.”

Kami tidak meletakkan kesalahan atau kejayaan kepada seseorang pemain.”

Para pemain lain juga sering berusaha walaupun mereka telah kepenatan.”

Saya tahu para pemain begitu kecewa dengan keputusan ini kerana mereka telah bermain dengan sangat baik tetapi pasukan Ceres juga merupakan pasukan yang hebat.”

Di akhir kenyataan, Mora mengakui Ceres Negros adalah pasukan yang hebat dan berhak bermain di peringkat seterusnya.

Beliau juga sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan tersebut.

Saya juga menghormati jurulatih Ceres kerana telah memberikan taktikal yang baik kepada pasukannya.”

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Ceres Negros di final nanti.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN